Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Bahan dapur boleh buat rumah berbau segar!

Anggaran Waktu Membaca:
Bahan dapur boleh buat rumah berbau segar!

Ilustrasi limau nipis. (Gambar: Pexels/Lisa Fotios)

Diterbitkan : 16 May 2022 09:06AM Dikemas Kini : 16 May 2022 09:07AM

KUALA LUMPUR: Rumah bukan sahaja tempat untuk kita berlindung, berehat dan meluangkan masa bersama keluarga.

Persekitaran rumah juga boleh memberi kesan 'mood' seseorang tau!

Bukan sahaja persekitaran yang kemas, tetapi bau yang menyenangkan, lapor Astro AWANI yang menukil rencana daripada Keluarga.

Tidak selesa jadinya bila tempat tinggal kita ada bau yang tidak berapa enak kan? Jangan risau!

Tidak perlu keluarkan duit mahal-mahal untuk memberi kesegaran kepada rumah. Cukup hanya guna bahan di dapur sahaja mampu untuk menyelesaikan masalah bau tu! Ayuh cuba cara-cara ini!

1. KULIT LIMAU DAN KULIT KAYU MANIS

Pertama sekali, sediakan kulit limau dan kulit kayu manis. Kemudian didihkan air bersama kulit limau itu.

Setelah mendidih, masukkan sedikit serbuk kulit kayu manis. Biarkan ia masak sehingga naik bau yang beraroma.

Setelah itu, biarkan ia sejuk dan masukkan ke dalam botol spray. Siap! Sekarang anda boleh gunakan untuk mengharumkan ruang dapur dan rumah anda.

2. LIMAU KASTURI

Siapa sahaja yang tidak suka bau limau kasturi yang menyegarkan? Anda hanya perlu menghiris limau kasturi dan letakkannya ke dalam bekas berisi air, seperti dipetik Astro AWANI.

Jika ingin ia kelihatan cantik, maka letakkannya ke dalam bekas kaca dan jadikan dekorasi ruang tamu anda. Mudahkan? Ruang rumah cantik di samping menghasilkan bau yang menyegarkan!

3. ARANG

Walaupun bentuk dan warna arang tidak cantik tetapi ia mampu menghilangkan bau busuk dalam rumah anda.

Hanya ambil beberapa ketul arang dan letakkannya di sudut ruang rumah. Ia akan menyedut segala bau busuk di ruang itu.

Kalau mahu nampak cantik, anda juga boleh meletakkan arang itu di dalam sebuah bekas kecil dan letak di atas sudut meja sebagai hiasan.

4. SODA BIKARBONAT

Cara penyediaan soda bikarbonat ini sama seperti arang tadi. Hanya perlu letakkan soda bikarbonat dalam bekas kecil dan letakkannya di sudut rumah. Ia turut mampu menyerap bau yang tidak menyelerakan, seperti dinukil Astro AWANI.

5. DAUN PANDAN

Jika anda seorang yang sukakan bau ala-ala haruman bunga, anda boleh gunakan daun pandan.

Caranya simpulkan daun pandan dan letakkannya di dalam bekas.

Jika anda ingin bau daun pandan ini lebih semerbak, anda boleh hiriskannya dan letak di dalam bekas yang terbuka. Pasti harum ruang rumah anda.

Inilah antara bahan-bahan yang boleh disediakan untuk memberi haruman dalam ruang rumah anda. Mudah sahaja untuk menyediakannya.

Selamat mencuba!

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan