Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Bagaimana untuk memilih dan menyimpan kurma agar tahan lama?

Ada beberapa tip yang boleh diperhatikan semasa membeli dan menyimpan buah kurma agar boleh tahan lebih lama.

Anggaran Waktu Membaca:
Bagaimana untuk memilih dan menyimpan kurma agar tahan lama?
Diterbitkan : 30 Apr 2020 02:53PM Dikemas Kini : 21 Mar 2023 09:54PM

MALAYSIA: Buah kurma adalah ibarat satu kemestian semasa bulan Ramadan dan lazim kelihatan di meja jamuan di samping juadah berbuka lain.

Ada beberapa tip yang boleh diperhatikan semasa membeli dan menyimpan buah tersebut agar boleh tahan lebih lama.

Berikut adalah antara tip yang dikumpulkan laman Sinar Harian:

1. Lihat pada tekstur buah

Buah kurma yang masih segar mempunyai tekstur yang kenyal meskipun kulitnya nampak berkerut. Selain itu, kurma yang masih berkualiti akan kelihatan padat dengan permukaan kulit yang sedikit berkilat.

Laman Rantikosh Group, sebuah pedagang buah-buahan dan kekacang, menerangkan bahawa jika kurma tersebut mempunyai kristal gula terbentuk pada permukaan kulitnya, ia satu petanda bahawa buah itu tidak lagi segar.

2. Aroma

Jika kurma yang anda lihat mengeluarkan bau yang masam dan tajam, jangan beli. Ini menandakan bahawa kurma tersebut sudah disimpan agak lama dan kurang bermutu.

3. Simpan dalam peti sejuk

Satu cara menyimpan kurma agar tahan lebih lama adalah membekukannya dalam peti sejuk, menurut Sinar Harian. Namun jangan gusar, kerana buah tersebut tidak akan berubah rasa mahupun teksturnya jika disimpan dengan cara itu.

Anda hanya perlu menunggu sebentar selepas mengeluarkannya dari peti sejuk sebelum memakannya.

Satu lagi cara adalah untuk merendamkan kurma yang disimpan dalam peti sejuk itu, ke dalam air suam agar ia kembali lembut.

4. Simpan dalam bekas kedap udara

Jika anda mempunyai kurma kering dan ingin cara paling ringkas untuk menyimpannya, simpan sahaja dalam bekas kedap udara. Kurma kering boleh bertahan hingga tiga bulan jika disimpan dengan cara itu.

Namun jika anda ingin rasa lebih selamat, Sinar Harian mengesyorkan agar menyimpannya dalam peti sejuk.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini bulan Ramadan: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan