Bagaimana untuk kurangkan sikap sangsi diri apabila hidup rasa tertekan?
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan. (Gambar: iStock)
SINGAPURA: Apabila rakan kita sedang berdepan masalah, gerak hati kita selalunya adalah untuk memberi kasih sayang. Namun, untuk memberikan belas ihsan kepada diri kita sendiri tidak semudah tutur kata.
Kita lebih cenderung untuk mengkritik diri kita. Sungguhpun demikian, amalan memberi belas kasihan kepada diri sendiri boleh membina daya tahan ketika kita rasa tertekan atau tercabar.
APA ERTI MENGASIHANI DIRI
Mengasihani diri bermaksud memberi diri anda sokongan, kemesraan dan pemahaman semasa masa sukar - dan sedar bahawa kita tidak bersendirian dalam menghadapi 'kecacatan' atau 'kelemahan' yang ada pada diri kita.
Ia bermula dengan kesedaran: menyedari keperitan atau kegagalan kita tanpa membiarkan diri kita terpengaruh olehnya.
APAKAH IA SEKADAR MITOS?
Sesetengah orang takut perbuatan mengasihani diri boleh mengurangkan tahap motivasi. Namun, kajian mendapati galakan dan maklum balas yang membina adalah lebih berkesan berbanding kritikan.
Satu lagi mitos adalah belas kasihan kepada diri bermakna memanjakan diri sendiri. Ternyata, ia mengurangkan kelesuan, lantas membolehkan kita menjaga orang lain dengan lebih berkesan.
Kasih sayang terhadap diri sendiri juga berbeza dengan memanjakan diri. "Ia memperkasa diri kita untuk memahami perasaan kita sepenuhnya tanpa perlu membela diri sendiri."
BAGAIMANA ANDA TINGKATKAN KASIH SAYANG DIRI?
1. PUJI DIRI KITA SETIAP HARI
Renungkan cara kita layan diri kita sepanjang hari. Adakah kita memberi diri kita galakan, atau kritikan?
"Kebanyakan orang lebih bersikap belas kasihan kepada orang lain daripada diri sendiri," kata Dr Neff. Cuba bercakap kepada diri sendiri sepertimana kita layani kawan baik.
2. REHAT SECARA IKHLAS
Pakar psikologi Tara Brach mengesyorkan kaedah RAIN:
Fahami perasaan anda
Jangan tolak perasaan itu
Teliti bagaimana ia pengaruhi tubuh dan minda kita
Pupuk belas ihsan dengan kebaikan dan sikap lemah lembut
3. BANTU ORANG LAIN
Amalan mengasihani diri sendiri membantu kita ambil berat terhadap orang lain. "Tunjukkan kepada mereka bahawa mereka tidak keseorangan."
Ia juga mungkin termasuk menetapkan batasan yang sihat atau mengamalkan sikap itu secara aktif, misalnya dengan melibatkan diri dalam kerja sukarela atau menyokong keadilan dan tanggungjawab sosial.

Sumber : Agensi berita/AY/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.