Skip to main content

Gaya Hidup

Bagaimana pembeli bijak dapatkan rumah dengan harga terbaik?

Namun begitu, adakah orang ramai peka dan tahu cara-cara terbaik dalam memilih rumah idaman mereka?

Anggaran Waktu Membaca:
Bagaimana pembeli bijak dapatkan rumah dengan harga terbaik?

Gambar hiasan. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 19 Sep 2020 11:42PM Dikemas Kini : 19 Sep 2020 11:44PM

SINGAPURA: Membeli sebuah hartanah merupakan sebuah proses yang rumit dan memerlukan rancangan yang baik.

Namun begitu, adakah orang ramai peka dan tahu cara-cara terbaik dalam memilih rumah idaman mereka?

Dalam satu laporan CNA Lifestyle bersama portal hartanah 99.co, beberapa panduan dikongsikan para pembaca bagi mereka yang ingin mencari rumah terbaru mereka.

TIP #1: CARA PILIH RUMAH

Seorang pembaca berkongsi: "Saya membeli rumah jualan semula saya kerana saya boleh merasakan jiran saya keluarga yang bertimbang rasa. Pemilik lama menggantung kasut di koridor, skuter tidak diletakkan dengan betul, sandal diletak merata-rata dan kanak-kanak berteriakan.

"Namun, jiran tetap membuka pintu rumah mereka. Dengan baik budi dan jiran yang baik bermakna separuh daripada prosesnya sudah dimenangi."

Ada juga pembaca yang menasihati bahawa pemilihan rumah bergantung kepada cita rasa masing-masing.

Jika anda seorang yang suka rumah lebih senyap, pilihlah rumah di sebelah hujung atau jauh dari tempat buang sampah.

Ini kerana jiran-jiran juga tidak akan berjalan lalu rumah anda dan juga rumah sebegitu tidak akan ada banyak serangga.

TIP #2: MENDAPATKAN HARGA YANG BAIK

Seorang pengurus Dominic berusia 31 tahun berkata para pelanggan berpotensi mencari hartanah yang menghampiri tarikh tamat Cukai Setem Pembeli Tambahan (ABSD) untuk mendapatkan diskaun.

Para pemaju hartanah selalunya mempunyai lima tahun untuk menjual hartanah mereka mulai tarikh tanah dibeli.

Jika mereka tidak dapat melakukan sedemikian, para pemaju hartanah perlu membayar ABSD bagi setiap unit tidak terjual iaitu sebanyak 30 peratus daripada harga tanah.

Lantaran itu, para pemaju akan cuba menjual unit-unit itu pada harga diskaun sebelum tarikh tamat lima tahun.

Ada juga pembeli yang akan memantau harga bidaan tanah untuk meramalkan harga pelancaran hartanah baru.

TIP #3: CARI PINJAMAN YANG TERBAIK

Panduan ketiga adalah para pembeli perlu mencari skim pinjaman terbaik untuk rumah baru mereka.

Ada pembaca berkongsi bahawa skim pinjaman yang terbaik adalah meminjam daripada anggota keluarga kerana tidak akan dikenakan faedah.

Cara begitu bagaimanapun boleh membawa kepada masalah pada masa depan jika anda ada masalah dengan anggota keluarga anda.

Para pembeli, menurut laporan itu, boleh menimbangkan untuk mencari dan membandingkan kadar faedah pinjaman antara ditawarkan HDB dan bank-bank.

Seorang pembaca Alois juga berkata para pembeli boleh menimbangkan untuk membeli barangan rumah baru di platform e-dagang yang kerap mengadakan diskaun supaya dapat berjimat. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita