Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Bagaimana lindungi anak anda daripada gangguan permainan, ruang sembang online

Ucapan kebencian dan gangguan online memang sudah meluas di ruang-ruang digital bertahun lamanya. Namun penggunaan platform permainan (gaming) dan sembang oleh golongan pelampau untuk menyasarkan para pengguna lebih muda kian meningkat. Ini sedang lebih ramai kanak-kanak bermain secara online.

Anggaran Waktu Membaca:
Bagaimana lindungi anak anda daripada gangguan permainan, ruang sembang online

(Gambar hiasan: iStock)

Diterbitkan : 23 Sep 2021 10:17PM Dikemas Kini : 23 Sep 2021 10:28PM

AMERIKA SYARIKAT: Ucapan kebencian dan gangguan online memang sudah meluas di ruang-ruang digital bertahun lamanya. Namun penggunaan platform permainan (gaming) dan sembang oleh golongan pelampau untuk menyasarkan para pengguna lebih muda kian meningkat. Ini sedang lebih ramai kanak-kanak bermain secara online.

Satu kajian Pew pada 2017 menunjukkan sebanyak 90 peratus remaja kini menggunakan platform permainan. Menurut pakar-pakar keselamatan Internet, walaupun para penjaga tidak dapat mengawal pendedahan anak-anak mereka sepenuhnya, ibu bapa boleh memperkasa anak-anak mereka dengan cara-cara untuk menangani situasi mencabar.

Beginilah caranya...

MULAKAN PERBUALAN AWAL

Kongsi dengan anak-anak anda tentang perasaan benci, menerusi cara yang sesuai dengan usia mereka, dan percaya mereka jika mereka rasa ada sesuatu yang tidak kena.

Jika kanak-kanak diganggu online, pastikan mereka diberi sokongan, kata pakar pembangunan kanak-kanak dan remaja, Robyn Silverman. Gangguan online perlu dianggap serius seperti jenis gangguan lain, tambahnya.

Kanak-kanak mungkin menyembunyikan maklumat daripada penjaga mereka kerana takut permainan mereka akan ditarik balik, kata Dr Silverman.

"Kongsi dengan anak-anak anda bahawa mereka tidak akan dimarahi jika mereka memberitahu anda tentang perkara ini," katanya.

PERIKSA KANDUNGAN DAN SEMAK 'SETTING'

Semak kandungan online dan akaun yang digunakan anak-anak anda untuk berinteraksi, selain 'setting' peribadi dan kawalan ibu bapa. Beritahu anak-anak anda agar mereka tahu bahawa anda akan memeriksanya.

Penulis buku The Tech Savvy User’s Guide to the Digital World, Lori Getz, mengesyorkan agar para penjaga menyemak rating permainan. Platform online bagi kanak-kanak di bawah usia 13 tahun menetapkan syarat privasi yang lebih ketat di bawah Peraturan Perlindungan Keperibadian Online Kanak-kanak berbanding platform-platform yang menyasarkan pengguna lebih dewasa.

BUAT PERANCANGAN LEBIH AWAL

Pastikan anak anda tahu apa yang harus dilakukan. Pertama sekali, mereka harus memberitahu seorang dewasa yang dipercayai dan boleh memberi sokongan. Penting untuk merakam komen dengan mengambil petikan skrin, sekat pengguna yang menganggu, tinggalkan permainan atau ruang sembang dan laporkan akaun yang melakukan gangguan tersebut. Prosedur membuat laporan berbeza mengikut platform, maka itu semak dengan anak anda cara untuk membuat laporan sebelum masalah timbul. Para penjaga harus laporkan ugutan kelakuan ganas kepada penguat kuasa undang-undang.

GALAK ANAK ANDA UNTUK BERSUARA

Kanak-kanak yang menyaksikan gangguan online boleh membantu dengan menekankan bahawa mereka tidak akan berdiam sahaja, kata Cik Getz.

Cik Getz menyarankan jika kanak-kanak atau remaja menyaksikan gangguan online, mereka perlu membalas dengan respons yang jelas: "Beritahu mereka bahawa kelakuan mereka tidak boleh diterima dan anda tidak akan mengambil bahagian - kemudian tarik diri dan laporkan akaun tersebut." 

Sumber : Agensi berita/IH/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan