Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Bagaimana hepatitis 'serang' kanak-kanak?

Sejak April 2022, lebih 1,000 kanak-kanak dari 35 negara disahkan menghidap hepatitis akut yang tidak diketahui puncanya, lapor Astro AWANI, menukil rencana Forum Ekonomi Sedunia (WEF).

Anggaran Waktu Membaca:
Bagaimana hepatitis 'serang' kanak-kanak?

(Gambar hiasan: Scott Olson/Getty Images/AFP)

GENEVA: Sejak April 2022, lebih 1,000 kanak-kanak dari 35 negara disahkan menghidap hepatitis akut yang tidak diketahui puncanya, lapor Astro AWANI, menukil rencana Forum Ekonomi Sedunia (WEF).

Hepatitis adalah nama bagi keadaan klinikal radang hati dan sekumpulan virus yang menyebabkan kerosakan hati yang dinamakan sebagai Hepatitis A, B, C, D dan E.

BAGAIMANA HEPATITIS 'SERANG' KANAK-KANAK?

Menurut WEF, hepatitis dalam kalangan kanak-kanak disebabkan oleh gabungan tiga faktor berikut:

(1) Mereka mempunyai adenovirus, yang merupakan punca biasa selsema

(2) Mereka mempunyai substrain adenovirus yang hanya mereplikasi dengan kehadiran strain utama adenovirus

(3) Mereka berkongsi ciri genetik yang sama

Faktor-faktor ini apabila digabungkan akan mengakibatkan keradangan hati yang teruk sehingga berkemungkinan akan memerlukan pemindahan organ.

Namun, menurut WEF, keadaan itu jarang berlaku.

Ini bermakna kemungkinan sejumlah besar kes hepatitis berlaku dalam kalangan kanak-kanak adalah rendah.

Sungguhpun demikian, lebih membimbangkan adalah kemungkinan penyakit itu timbul akibat sistem imun kanak-kanak yang tidak dilatih untuk menangani adenovirus seperti biasa angkara COVID-19, penjarakan sosial serta penutupan sekolah dan taska.

Peningkatan kes hepatitis tahun ini mungkin tidak berulang dan berlaku sekali sahaja. Namun, ia boleh menjadi kes kesan kesihatan yang pertama dan berprofil tinggi dek COVID-19 bagi kanak-kanak.

Adalah penting juga untuk mengetahui gejala hepatitis keradangan hati berikut:

- sakit otot dan sendi
- suhu badan yang tinggi
- merasa sakit
- berasa lesu yang luar biasa sepanjang masa
- hilang selera makan
- sakit perut
- warna air kencing gelap
- najis pucat, berwarna kelabu
- kulit gatal
- kekuningan mata dan kulit (jaundis)
Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan