Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Bagai kisah 'The Notebook', pasangan ini meninggal dunia di samping satu sama lain

Anda pernah menonton filem 'The Notebook'? Pastinya, anda tersentuh dengan apa yang berlaku di akhir filem itu yang mana Noah Calhoun dan Allie Hamilton sama-sama meninggal dunia di samping satu sama lain lantas mengakhiri kisah cinta sejati mereka sepanjang berpuluh-puluh tahun lamanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Bagai kisah 'The Notebook', pasangan ini meninggal dunia di samping satu sama lain

Bob dan Edna Huntley. (Gambar: legacy.com)

Diterbitkan : 04 Apr 2018 07:37PM Dikemas Kini : 04 Apr 2018 07:45PM

NAMPA, AMERIKA SYARIKAT: Anda pernah menonton filem 'The Notebook'? Pastinya, anda tersentuh dengan apa yang berlaku di akhir filem itu yang mana Noah Calhoun dan Allie Hamilton sama-sama meninggal dunia di samping satu sama lain lantas mengakhiri kisah cinta sejati mereka sepanjang berpuluh-puluh tahun lamanya.

Siapa sangka adegan akhir yang menusuk kalbu itu benar-benar berlaku dalam kehidupan nyata baru-baru ini.

Edna Huntley, 81 tahun, menghembuskan nafas terakhir ketika dalam tidur pada malam 20 Mac, disusuli pula dengan suaminya, Bob Huntley, 83 tahun yang meninggal dunia sejam kemudian.

Kisah cinta pasangan suami isteri itu tidak bermula dengan baik 63 tahun lalu. Bob dengan sewenang-wenangnya membatalkan pertemuan pertamanya bersama Edna gara-gara untuk pergi memburu.

"Ia musim memburu rusa dan ia menjadi keutamaannya," kata anak lelaki mereka, Kenneth Huntley kepada Idaho Press-Tribune.

Namun, Edna memaafkannya dan tidak lama kemudian, mereka mendirikan rumah tangga.

Hubungan mereka bertambah erat dan mesra setelah dikurniakan tiga anak perempuan dan dua anak lelaki. Malah, keluarga mereka terus bertambah dengan 20 cucu dan 23 cicit pula.

Pasangan itu berpindah ke Nampa, dua tahun lalu untuk berada dekat dengan salah seorang anak perempuan mereka. Edna didiagnos menghidap penyakit barah awal tahun ini manakala Bob pula mengalami demensia.

Idaho Press-Tribune melaporkan bahawa sebelum kedua-duanya meninggal dunia, Edna pernah memberitahu rakan-rakannya: "Apabila salah seorang daripada kami meninggal dunia, yang satu lagi akan memegang tangan pasangannya dan membawanya bersama."

Ternyata, ituah yang berlaku. "Kami sangat bersyukur ia berlaku sebegitu," kata Kenneth sambil menambah bahawa ayahnya tidak mungkin rela hidup tanpa ibunya.

Menurut cucu mereka, Ammon Tunnell pula, kejayaan rumah tangga pasangan itu menjadi inspirasi kepada semua orang yang mengenali mereka.

"Kami sendiri menyaksikan apa itu cinta sejati," kata Tunnell. 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan