Skip to main content

Gaya Hidup

Ayuh terbang ke Tokyo dan Seoul dalam pesawat Pokemon Scoot

Anggaran Waktu Membaca:
Ayuh terbang ke Tokyo dan Seoul dalam  pesawat Pokemon Scoot

(Gambar: FlyScoot)

Diterbitkan : 18 Aug 2022 10:00PM Dikemas Kini : 18 Aug 2022 10:03PM

SINGAPURA: Adakah watak Pikachu teman yang anda cari dalam penerbangan ke luar negara?

Mulai 9 September, anda berpeluang menempah penerbangan bertema Pokemon yang dikendalikan syarikat tambang murah Scoot.

Penerbangan Pokemon Air Adventures itu menggunakan pesawat Dreamliner 787-9, dan diberinama Pikachu Jet. Ia mempunyai kapasiti 375 tempat duduk - 35 dalam kelas ScootPlus dan 340 yang lain dalam kelas Ekonomi.

Meskipun perinciannya masih belum diketahui, orang ramai boleh mengintai pesawat itu di lelaman Scoot. Malah, mereka yang bermata-tajam sudah pasti dapat mengecam pesawat berwarna-warni itu di Lapangan Terbang Changi sebelum pelancaran rasminya.

Selain desain menarik di luar pesawat untuk bergambar, Pikachu Jet turut mempunyai hiasan dalaman serta tempat duduk yang bertemakan Pokemon. Makanan dan minuman dilihamkan juadah Jepun juga disajikan. Selain itu, penumpang boleh mendapatkan koleksi barangan eksklusif termasuk lanyard, topi dan beg tot Pokemon. Bukan itu sahaja, aktiviti di udara bertemakan Pokemon turut dianjurkan semasa penerbangan.


Scoot akan mengendalikan penerbangan Pikachu Jet ke Tokyo dan Seoul dari 9 September, dengan dua penerbangan dijadualkan setiap bulan.

Tambang tiket sehala dari Singapura ke Lapangan Terbang Narita, Tokyo mula dari S$333, sementaraharga tiket penerbangan dari Singapura ke Seoul pula bermula dari S$231 (harga tiket sehala, termasuk cukai).

Tiket pergi balik ke Seoul pula sekitar S$434.

Scoot menyatakan laluan penerbangan akan disemak dan disesuaikan secara berkala berdasarkan permintaan.

Selain itu, Pikachu Jet akan dijadualkan bagi laluan penerbangan lain sebagai sebahagian daripada operasi tetap penerbangan tersebut. Maka itu, anda mungkin dapat menaiki Pikachu Jet walaupun tidak membuat tempahan untuk mengambil penerbangan tersebut.

Butiran lebih lanjut akan diumumkan semasa pelancaran rasminya bulan Ogos ini.

Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita