Skip to main content

Gaya Hidup

Ayuh! Sertai pelbagai acara dan aktiviti di merata kota Singa sempena SG60

Bahang sambutan Hari Kebangsaan yang ke-60 tahun jelas sudah dapat dirasakan sejak beberapa bulan yang lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Ayuh! Sertai pelbagai acara dan aktiviti di merata kota Singa sempena SG60

Sebuah pameran yang menggabungkan warisan budaya Peranakan dengan seni visual moden. (Gambar: Sentosa)

SINGAPURA: Bahang sambutan Hari Kebangsaan yang ke-60 tahun jelas sudah dapat dirasakan sejak beberapa bulan yang lalu. Cuba lihat di sekeliling anda suasananya semakin meriah dengan pelbagai promosi, selain aktiviti menarik yang diadakan sempena sambutan bersejarah ini.

Tidak kira sama ada anda sedang merancang aktiviti untuk bercuti 'staycation' atau mencari tempat makan menarik, yang pasti anda tidak akan ketandusan idea kerana terdapat pelbagai promosi dan acara yang boleh disertai bersama keluarga dan rakan-rakan di merata Singapura.

Jangan terlepas peluang untuk merebut peluang mengunjungi tempat-tempat menarik yang menawarkan pelbagai promosi hebat! Dari makanan, riadah, tempat-tempat daya tarikan dan banyak lagi. Raikan SG60 dengan pelbagai diskaun menarik sambil berhibur bersama keluarga dan rakan-rakan.

MAKAN-MAKAN

Bufet SG60 Singalicious
Related article image
The Orchard Café menawarkan bufet SG60 Singalicious. (Gambar: Orchard Hotel)
The Orchard Café menawarkan bufet SG60 Singalicious yang menepati citarasa semua peringkat usia. Nikmatilah hidangan seperti Ketam Cili, Ketam Lada Hitam Singapura, Laksa Singapura, Salmon Panggang Nyonya bersama Otak-Otak dan banyak lagi.

Jangan lupa untuk mencuba pencuci mulut durian yang menjadi sorotan dan kegemaran ramai! Antaranya Pengat Durian D24 Signature, Pisang Goreng yang rangup yang enak dan menjadi pelengkap. Promosi berlangsung sekarang hingga 31 Ogos 2025. Alamat: Orchard Hotel, 442 Orchard Road S238879 Tel: 6739 6565

Holiday Inn

Nikmati bufet sajian SG60 dengan aneka hidangan autentik setempat seperti Nasi Lemak Maki Roll, Ngoh Hiang, Popiah, Sate selain pelbagai sajian ketam yang dimasak dengan cara yang berbeza-beza. Antaranya ketam cili, lada hitam dan banyak lagi. Setiap sajian ini direka dan diolah khas sempena maraikan ulang tahun Singapura yang ke-60. Promosi buffet bermula sekarang hingga 17 Ogos 2025.

Alamat: Holiday Inn Singapore Atrium, 317 Outram Road, S169075 Tel: 6733 0188

Siam Kitchen
Related article image
Nikmati Ambeng Platter Thai SG60 dari Siam Kitchen. (Gambar: Siam Kitchen)
Nikmati Ambeng Platter Thai SG60 yang berkonsepkan Build-Your-Own-Bundle pada harga promosi $60++ (harga asal $79.90). Pilih sendiri pilihan lauk pauk Thai kegemaran anda.

Platter ini hanya tersedia untuk makan di restoran sahaja bermula sekarang hingga 15 Ogos 2025, dari Isnin hingga Jumaat. Sesuai untuk dinikmati beramai-ramai bersama seisi keluarga dan juga teman-teman. Kunjungi Siam Kitchen sekarang! Layari: https://www.siamkitchen.com.sg/promotions/sg60-special

KFC
Related article image
Promosi Ketam Cili Mantou oleh KFC. (Gambar: KFC)
Promosi Ketam Cili Mantou menanti anda di KFC! Sajian edisi terhad ini pasti menggamit selera anda. Promosi berlangsung dari sekarang hingga 2 Sep 2025. Antaranya, Zinger Mantou Ketam Cili, ayam goreng pedas bersama mantou mini dan sos ketam cili.

Selain itu dapatkan beg eksklusif edisi terhad dengan setiap set pembelian sajian promosi ini pada harga $19.90. Selain itu, jangan lupa untuk mencuba tat telur onde-onde yang popular dan hanya boleh dinikmati sempena promos ini!

Cat & the Fiddle
Related article image
Cat & the Fiddle menawarkan Set Meow-julah 60. (Gambar: Cat & the Fiddle)
Set Meow-julah 60 menepati citarasa mereka yang gemarkan manisan. Set ini menampilkan tiga pencuci mulut merah-putih yang comel - kek keju strawberi mini, eclair strawberi berkelapa dan coklat putih, serta trio macaron perisa Red Velvet, Strawberry Lychee dan Lychee Rose.
Setiap set berharga $46.60 dan boleh dibeli secara dalam talian atau di semua cawangan Cat & the Fiddle. Promosi sekarang hingga 9 Ogos 2025.

7-Eleven
Related article image
Sajian segera Dabao Flavours of Singapore 2.0 boleh didapati dari semua cawangan 7 Eleven dari sekarang hingga 12 Ogos 2025.(Gambar: 7-Eleven)
Dabao Flavours of Singapore 2.0, sajian segara yang mengenyangkan. Antaranya, Nasi Kari Ayam, Spageti Sambal bersama Ayam Panggang dan bebola daging dari Andes by Astons. Boleh didapati dari semua cawangan 7 Eleven dari sekarang hingga 12 Ogos 2025 atau selagi stok masih ada.

Swensens
Related article image
Swensen’s turut meraikan SG60 dengan menu istimewa yang diinspirasikan dari masakan setempat. (Gambar: Swensens)
Swensen’s turut meraikan SG60 dengan menu istimewa yang diinspirasikan dari masakan setempat. Antaranya, Mi Udang Ketam Cili, Nasi Bakar Rendang Kambing, Siakap Bakar Sambal dan Udang Bijirin. Harga setiap set dari $9.60 - $18.60. Dapatkan di semua cawangan Swensens.

Selain itu, anda juga boleh menikmati sajian bufet, Swensen’s Unlimited di Changi Airport T2, VivoCity dan Acacia Geneo. Sajian bufet “all-you-can-eat” menawarkan pelbagai juadah seperti Gado-Gado, Sup Kambing, Pizza Rendang dan Mi Hokkien antaranya. Promosi dari sekarang hingga 9 September 2025.

TWG
Related article image
Set teh warisan SG60 edisi terhad oleh TWG. (Gambar: TWG)

Raikan ulang tahun Singapura yang ke-60 bersama TWG Tea. Cubalah set teh warisan SG60 edisi terhad. Set Istimewa koleksi Tin The Kaviar ini menampilkan dua jenis teh unik yang dibungkus dalam tin bulat yang elegan, melambangkan kekayaan warisan Singapura.

Legacy Tea, gabungan teh oolong Cina dengan sentuhan laici selain Jubilee Tea, teh merah yang diperkaya dengan vanila,halia dan rempah ratus, melambangkan keharmonian Singapura.
Harga setiap set $60 dan hanya boleh didapati secara eksklusif di TWG Tea Singapura.

JALAN-JALAN

Sambutan SG60 tidak hanya tertumpu pada makanan sahaja. Anda juga boleh mengunjungi tempat-tempat menarik yang menawarkan pelbagai promosi. Terdapat senarai pelbagai aktiviti menarik yang sedang diadakan di sana-sini sepanjang Ogos yang sesuai untuk disertai seisi keluarga.

Kopi Shop Pop-Up

Related article image
Barangan plush edisi khas yang unik bertemakan kopitiam. (Gambar: Kopi Shop Pop-Up)
Menampilkan barangan plush edisi khas yang unik bertemakan kopitiam. Antaranya, Kaya Butter Toast, $15.90, telur setengah masak $12.90, dan cerek kopi $16.90. Dengan pembelian minima $80, anda layak untuk dapatkan set blok mini kopitiam eksklusif bernilai $19.90. Tunggu apa lagi? Kunjungi pusat membeli-belah Marina Square sekarang hingga 17 Ogos 2025.

Peranakan Reimagined di Sentosa
Related article image
Sebuah pameran yang menggabungkan warisan budaya Peranakan dengan seni visual moden. (Gambar: Sentosa)
Sebuah pameran yang menggabungkan warisan budaya Peranakan dengan seni visual moden. Antara tarikan utama ialah rumah Peranakan setinggi 7.2 meter selain kasut manik dan kereta kabel yang diinspirasikan dari Jalan Koon Seng Road.

Pameran ini sesuai untuk seisi keluarga dan pastikan untuk bergambar berlatarkan suasana warna-warni yang penuh nostalgia. Pameran ini berlangsung hingga 31 Ogos 2025 di Sentosa.

Jurassic World: The Experience @ Gardens by the Bay
Related article image
Acara bertemakan Jurassic World: The Experience. (Gambar: Gardens by the Bay)
Jangan terlepas peluang untuk kunjungi acara bertemakan Jurassic World: The Experience. Sorotan utama “Evolution Walk” menampilkan lebih 72,000 tumbuhan dari lebih 50 spesies purba. Pameran ini menggabungkan elemen pendidikan, teknologi dan hiburan yang sesuai untuk pencinta alam semula jadi dan peminat filem selain seisi keluarga.

PROMOSI UNTUK WARGA EMAS
Related article image
Keahlian Warga Emas SG60 Friends of Mandai pada harga S$60. (Gambar: Mandai Wildlife Reserve)
Usah terlepas tawaran terbaik dan menarik ini sempena perayaan SG60 tahun ini. Warga emas dapat meraiakan pelbagai promosi potongan harga di tempat-tempat menarik. Antaranya:-

Keahlian Warga Emas SG60 Friends of Mandai

Dengan hanya $60 (harga biasa $235), warga emas boleh menikmati kunjungan tanpa had selama setahun ke Singapore Zoo, River Wonders, Bird Paradise, dan Night Safari.

Setiap lawatan boleh disertai oleh seorang tetamu, jadi anda pun boleh ikut serta dan berseronok bersama ibu dan ayah.

Tawaran ini khas untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas! Selain itu anda juga berpeluang menerima hadiah eksklusif jika menjadi keahlian ini secara langsung di lokasi menggunakan Kad Kredit POSB Everyday atau Kad Kredit/Debit PAssion.

Tiket wayang
Related article image
Warga emas boleh menikmati tiket wayang serendah $5 di Golden Village, Cathay Cineplexes & Shaw Theatres. (Gambar: Shaw Theatres)
Warga emas boleh menikmati tiket wayang serendah $5 di Golden Village, Cathay Cineplexes & Shaw Theatres. Promosi setiap hari sebelum pukul 6.00 petang, kecuali hujung minggu. Promosi di Golden Village, Shaw Theatres, dan Cathay Cineplexes menawarkan tiket untuk warga emas, dengan harga bermula daripada $4.50. Pastikan untuk bawa kad pengenalan untuk pengesahan di kaunter!
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita