Ayam Parmesan Truffle kembali ke KFC SG dengan "perasa Sonic"
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mereka yang merindui Ayam Parmesan Truffle di KFC Singapura pasti gembira apabila mendapat tahu bahawa hidangan lazat itu akan kembali pada Rabu (27 Nov) – dengan sentuhan tambahan. Disaluti dengan sos keju berperisa truffle dan ditaburi dengan parmesan parut, ayam itu kini boleh digandingkan dengan apa yang digelarkan oleh KFC sebagai "perasa Sonic".
Dalam usaha menggunakan bunyi untuk membangkitkan emosi dan membolehkan pelanggan "rasa lebih banyak", pasukan di KFC Singapura bekerjasama dengan pemuzik dan ahli sains saraf pengguna Profesor Gemma Calvert dari Universiti Teknologi Nanyang, dan mencipta versi baharu lagu Krismas ikonik Jingle Bells.
Menurut KFC Singapura, memakan Ayam Parmesan Truffle sambil mendengar lagu baharu itu "menguatkan rasa dan umami" ayam serta "meningkatkan rasa garingnya".
Lagu ini boleh didengar melalui Spotify.

Selain Ayam Parmesan Truffle, para peminat boleh menantikan Burger Parmesan Truffle serba baharu (dari S$8.20 ala carte) dan Salted Caramel Mochi Ring (S$2.30 sekeping).
Burger Parmesan Truffle mengandungi Zinger dengan sos keju yang disuntik dengan rasa truffle dan keju parmesan yang diparut. Salted Caramel Mochi Ring pula merupakan donat berbentuk cincin yang diperbuat daripada lapan bebola doh mochi yang kemudian disiram dengan sos karamel masin.
Semua ini boleh didapati mulai 27 November 2024 hingga 1 Januari 2025 di semua cawangan KFC, kecuali KFC Sentosa dan Zoo Singapura.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.