Ayah kejutkan anak bangun sahur guna pembesar suara sambil berjoget, netizen terhibur
Gambar: Tiktok/@adebonbon
INDONESIA: Baru-baru ini tular sebuah rakaman video seorang bapa muncul di pintu bilik anaknya, lengkap dengan alat pembesar suara, semata-mata untuk mengejutkan anaknya supaya bangun sahur.
Keletah lucu si bapa itu mencuri perhatian warga siber, lapor OhBulan.
Menerusi video yang meraih 15 juta tontonan dan 2.4 tanda suka itu, si bapa bukan sahaja memainkan muzik untuk 'menggegarkan' anaknya sehingga bangun, beliau malah berjoget sambil memegang mikrofon dengan gaya sedang 'asyik' bernyanyi.
Perkongsian video mengejutkan anak bersahur dengan cara unik itu dimuat naik ke aplikasi TikTok menerusi akaun @adebonbon itu juga mendapat lebih 40,000 reaksi di ruangan komen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga siber terhibur dengan cara unik bapa tersebut, lapor OhBulan.
Malah ada juga di antara mereka yang menyatakan bapa mereka juga sama berperwatakan seperti ayah dalam video berkenaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.