Awas! Terlebih tidur boleh sebabkan angin ahmar
Waktu tidur dianggap tempoh paling penting bagi tubuh manusia untuk mendapatkan rehat yang cukup.
CHINA: Waktu tidur dianggap tempoh paling penting bagi tubuh manusia untuk mendapatkan rehat yang cukup.
Setiap individu dewasa memerlukan tempoh lena yang sempurna di antara tujuh hingga lapan jam sehari.
Menurut saintis, setiap malam apabila kita lena, otak dan tubuh manusia akan melalui kitaran tidur.
Namun tahukah anda sekiranya terlebih tidur ia boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan seseorang itu.
Menurut kajian di Universiti Sains dan Teknologi Huangzhong di China, sebanyak 85 peratus orang yang tidur berlebihan mengalami risiko diserang angin ahmar berbanding individu yang mengamalkan tidur secara normal.
Kajian yang dijalankan itu melibatkan 31,750 orang di China yang berusia 62 tahun dalam tempoh enam tahun.
Mereka tidak mempunyai sejarah penyakit strok atau masalah kesihatan yang serius.
Sepanjang kajian dijalankan seramai 1,557 kes angin ahmar didapati berpunca daripada waktu tidur.
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Neurology itu mendapati lapan peratus manusia tidur lebih daripada 90 minit (long nap), dan 24 peratus orang tidur lebih sembilan jam setiap malam.
Kajian itu turut mendapati setiap orang yang tidur kurang daripada tujuh atau lapan jam kurang risiko terkena strok.
Sebanyak 29 peratus berisiko mengalami penyakit angin ahmar berikutan kualiti tidur yang tidak teratur.
Kajian itu tidak termasuk individu yang mengalami masalah tidur seperti berdengkur atau pengambilan ubat-ubatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.