Skip to main content

Gaya Hidup

Awas! Individu obesiti berisiko tinggi dijangkiti COVID-19 - Pakar

Para individu yang memiliki berat badan berlebihan atau obesiti berdepan dengan risiko dijangiti wabak COVID-19 yang kini melanda hampir seluruh negara di dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Awas! Individu obesiti berisiko tinggi dijangkiti COVID-19 - Pakar

(Gambar: AFP/Ronaldo Schemidt)

Diterbitkan : 18 Apr 2020 11:48PM Dikemas Kini : 18 Apr 2020 11:50PM

PERANCIS: Para individu yang memiliki berat badan berlebihan atau obesiti berdepan dengan risiko dijangiti wabak COVID-19 yang kini melanda hampir seluruh negara di dunia.

Ketua Epidomologi Perancis, Jean-Francois Delfraissy yang merupakan penasihat kepada pemerintah berkaitan penyakit pandemik itu berkata, 25 peratus rakyat Perancis berdepan dengan faktor serius jangkitan virus ini termasuk umur, penyakit sedia ada dan obesiti.

Tambahnya lagi, rakyat Amerika Syarikat berdepan dengan tahap risiko lebih tinggi kerana jumlah obesiti mencecah 42.4 peratus daripada kalangan dewasa mengalami masalah terlebih berat badan.

“Virus ini sangat teruk. Ia boleh menyerang orang muda, terutamanya yang mengalami obesiti. Mereka yang mengalami masalah ini perlu lebih berhati-hati.

“Inilah situasi yang paling kita bimbang di Amerika Syarikat, yang mempunyai kaitan dengan masalah berat badan,” jelasnya.

Para pakar mencadangkan bahawa mereka yang mengalami obesiti di Amerika Syarikat sangat berisiko dengan pandemik ini sejak 1918 yang ketika itu berdepan dengan selsema Sepanyol.

Manakala kajian yang sedang dijalankan oleh Sekolah Kesihatan Awam Universiti Michigan mendapati obesiti dalam kalangan dewasa yang dijangkiti selesema bukan sahaja berisiko mengalami komplikasi teruk, tetapi boleh menular lebih lama.

Selain itu, obesiti antara punca kepada masalah kesihatan kronik lain termasuk kencing manis tahap 2, angin ahmar, serangan jantung dan yang berkaitan dengan barah. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita