Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Awas, 5 bahan toksik yang ada dalam makanan

Dakwaan bahawa sesetengah makanan mengandungi toksik mungkin pernah kita dengar.

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa sesetengah makanan mengandungi toksik mungkin pernah kita dengar.

Namun, tahukah anda kebanyakan dakwaan itu tidak disokong oleh bukti sains.

Ini kerana terdapat beberapa bahan yang mungkin berbahaya hanya jika diambil dalam jumlah yang banyak.

Berikut antara bahan toksik dalam makanan yang lebih diketahui ramai:

1. Bisphenol A (BPA) 

Bahan kimia BPA banyak digunakan dalam penghasilan botol minuman dan bekas makanan plastik.

Terdapat banyak kajian yang menyatakan bahawa BPA boleh meresap ke dalam makanan dan minuman.

Bahan kimia ini juga boleh mengganggu fungsi hormon estrogen.

Malah dalam satu kajian yang dilakukan terhadap haiwan yang hamil, pendedahan terhadap BPA boleh menimbulkan masalah pada sistem pembiakan dan meningkatkan risiko barah payudara serta prostat, demikian seperti dinukil Harian Metro.

2. Lemak trans tiruan

Beberapa kajian yang dijalankan terhadap haiwan menunjukkan penggunaan lemak trans boleh menyebabkan keradangan dan memberikan kesan buruk pada kesihatan jantung.

Atas sebab ini juga, penggunaan lemak trans tiruan dilarang sepenuhnya di Amerika Syarikat sejak Januari 2020, seperti dinukil Harian Metro.

Sesetengah makanan berasaskan haiwan pula mengandungi beberapa lemak trans semula jadi, namun ia tidak memberi kesan negatif terhadap kesihatan.

3. Hidrokarbon aromatik polisiklik (PAHs)

PAHs dianggap sebagai pencemar alam sekitar. Ia wujud daripada bahan organik terbakar yang juga boleh ditemui dalam makanan.

Apabila daging dipanggang pada suhu tinggi, lemak akan menitis ke atas api lalu menghasilkan PAHs yang boleh meresap ke dalam daging.

Daging salai atau panggang merupakan salah satu sumber utama PAHs dalam makanan. 

Malah, bahan ini juga ditemui dalam banyak jenis makanan yang diproses.

Menurut para penyelidik, bahan ini toksik dan dikaitkan dengan peningkatan risiko menghidap barah payudara, buah pinggang, usus dan prostat.

4. Gula tambahan

Gula tambahan sering dirujuk sebagai sifar kalori.

Bagaimanapun, kesan bahaya daripada gula tambahan adalah sangat tinggi.

Gula tinggi fruktosa seperti sirap jagung fruktosa tinggi secara berlebihan pula dikaitkan dengan penyakit seperti obesiti, kencing manis, sindrom metabolik, penyakit hati berlemak dan barah.

Lebih memburukkan lagi, makanan yang mengandungi gula tambahan membuat seseorang itu mudah ketagih lalu menyukarkan mereka mengawal pengambilan makanan tersebut.

Justeru bagi mengurangkan pengambilan gula tambahan, ia disyorkan supaya dihadkan pengambilan makanan manis seperti jus buah-buahan, makanan ringan dan pencuci mulut.

5. Merkuri dalam ikan

Ikan mengandungi protein yang sihat. Namun sebahagian daripada jenis ikan daripada laut dalam mempunyai kandungan merkuri yang tinggi.

Tumbuh-tumbuhan di perairan yang dicemari merkuri dimakan ikan kecil lalu dimakan ikan-ikan yang lain.

Lama-kelamaan, bahan merkuri ini terkumpul dalam badan ikan yang akhirnya dimakan oleh manusia.

Jika dimakan berlebihan, merkuri boleh merosakkan otak dan saraf manusia kerana ia merupakan neurotoksin.

Untuk mengehadkan pendedahan kepada merkuri, sebaiknya pilih ikan bersaiz kecil sebagai sumber protein dalam makanan.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan