Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Asyik kena 'add' ke chat Telegram, begini cara hentikannya

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Aplikasi Telegram merupakan antara medium wajib dimuat turun pada telefon bijak majoriti untuk berkomunikasi.

Memetik laporan KeluargaMY, melalui aplikasi itu pengguna dapat mengumpulkan keluarga, rakan-rakan dan juga teman sepejabat di dalam chat kumpulan yang berbeza.

Namun demikian, kadangkala kita enggan berada dalam kumpulan chat yang kita tidak mahu menyertainya.

Sebagai contoh, kita diajak berada dalam satu kumpulan yang mengajak bermain judi atau mungkin yang berunsurkan pornografi.

Situasi seperti ini pastinya membuatkan kita rasa terganggu dan sangat rimas bila setiap hari asyik kena ‘add’.

Jadi tahukah anda sebenarnya ada cara yang boleh anda buat untuk elakkan daripada ia terus berlaku. KeluargaMY menukil perkongsian daripada Cik Rosfadzillah Mohamed Yusof di akaun facebooknya.

Perkongsian itu mendapat perhatian umum, memandangkan tidak dinafikan ramai yang mengalami masalah di ‘add’ ke kumpulan yang bukan-bukan.

“Siapa yang Telegram dia selalu kena add masuk group judi, forex ke trader ke, boleh buat sebegini. Sudah aman telegram saya tidak ada rang 'add' kumpulan tak tentu hala,” tulisnya pada kapsyen hantaran di Facebooknya.

1.Tekan 'Setting'

2. Pilih 'Privacy and Security'

3. Kemudian pilih 'Groups & Channels'

4. Tekan 'My Contacts' sahaja

Meninjau di ruangan komen, ternyata ramai berterima kasih dengan perkongsian langkah demi langkah tersebut. Jadi anda juga boleh lakukan demikian.
Sumber : Sumber Web/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan