Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Asics perkenal sepatu bertemakan Mamee Monster berharga AS$145

Anggaran Waktu Membaca:
Asics perkenal sepatu bertemakan Mamee Monster berharga AS$145

(Gambar: Instagram/sneakerlah)

KUALA LUMPUR: Kerjasama antara jenama pakaian sukan Jepun Asics dengan acara popular di Malaysia Sneaker Lah menghasilkan apa yang boleh dikatakan sepatu paling unik tahun ini - Asics Skyhand OG yang memberi penghormatan kepada salah satu makanan ringan paling digemari Mamee Monster.

Gabungan unik dari tali kasut menyerupai mi kuning pucat hingga kepada tapak tengah berbintik-bintik meniru serbuk perasa manakala tumit belakang menampilkan reka bentuk pek serbuk perasa, semuanya dibalut dalam reka bentuk yang diilhamkan oleh snek mi rangup ikonik tersebut.

Aksesori tambahan seperti set pin juga dibungkus seperti paket serbuk mi segera.

Menurut pengasas Sneaker Lah Bryan Chin, sepatu itu bahkan menyembunyikan corak mi segera di bawah lapisan pertama kanvas, yang hanya boleh dilihat apabila ia terpotong.

Ada dua cara untuk mendapatkan sepatu ini.

Pertama, anda boleh mengikuti cabutan bertuah online Sneaker Lah yang akan diadakan dari 10.00 malam pada 29 Oktober hingga 9.59 malam pada 31 Oktober di laman webnya.

Cara kedua ialah anda perlu ke Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia di Kuala Lumpur, dan ikuti acara Sneaker Lah yang akan datang dari 2 November hingga 3 November.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan