Skip to main content

Gaya Hidup

Artbox kembali lagi ke Singapore Expo Januari 2024

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Festival malam popular Artbox kembali lagi ke Singapura pada Januari nanti. Diadakan sepanjang dua hujung minggu dari 26 hingga 28 Januari dan 2 hingga 4 Februari, Artbox akan kembali diadakan di Dewan 6, Singapore Expo dengan tema: Avenue.

Seluruh dewan seluas 105,000 kaki persegi itu akan diubah menjadi sebuah bandar, dengan laluan yang mewakili Amerika Syarikat, Korea Selatan, Taiwan, Jepun dan Thailand. Pengunjung juga boleh menjangkakan aktiviti-aktiviti bergerak di beberapa zon pilihan.

Turut kembali pada tahun ini adalah cabaran The Beam Of Pain Artbox 2023. Cabaran merempuh halangan itu atau obstacle course, direka dengan kerjasama syarikat media tempatan SGAG, memaparkan sebuah 'balance beam' sepanjang 15 meter yang dililit dengan tikar akupunktur. Peserta yang dapat mengatasi halangan itu dengan masa terpantas akan memenangi wang tunai S$888.

Lebih banyak lagi butiran akan didedahkan nanti.

Bagaimanapun, menurut pihak penganjur "terdapat lebih 100 gerai makanan dan minuman F&B yang akan menawarkan masakan dari seluruh dunia".
Sumber : CNA/AT/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita