Skip to main content

Gaya Hidup

Artbox kembali Feb ini di Singapore Expo

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Acara gaya hidup Artbox kembali ke Singapura setelah tidak diadakan selama tiga tahun dan berlangsung pada dua hujung minggu berturut-turut - 24 hingga 26 Februari dan 3 hingga 5 Mac, dari pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 11.00 malam. 

Acara itu merupakan versi pasar malam kreatif Bangkok di Singapura. 

Buat julung-julung kalinya, acara itu akan diadakan di tempat berhawa dingin, iaitu Dewan 6 Singapore Expo, dan lebih 20 kontena penghantaran unik akan dipasang di dewan tersebut, serupa dengan versi asli acara itu di Thailand. 

Ia turut menampilkan daya tarikan baru - 'Beam of Pain'. 

SENI & MUZIK

Acara itu akan menonjolkan karya seni artis pereka JELILO, Lester Lim dan tokidoki, kedua-duanya jenama yang bekerjasama dengan Artbox.

Di tengah-tengah dewan pameran, anda boleh melihat struktur tiga tingkat mengandungi kontena berbentuk oktagon yang diletakkan dengan penyangan oleh artis visual Aundraj Jude dan pereka gerakan Reynard Adrianto. 

Bagi muzik pula, akan ada persembahan oleh artis-artis yang diuruskan Cross Ratio Entertainment, seperti Tay Kewei, Derrick Hoh, Alfred Sim, Akeem Jahat dan Calvert Tay. 

Zin dari Musim 8 The Voice Thailand turut akan membuat penampilan. 

MEMBELI-BELAH & MAKANAN

Hampir 300 gerai akan sedia ada di acara itu, dengan gerai-gerai baru dan lama dari Singapura, Thailand, Malaysia dan Taiwan. 


Fesyen, haruman, barang kemas, barang dapur dan seni unik akan dijual, termasuk produk eksklusif JELILO dan tokidoki dengan kerjasama Artbox. 


BEAM OF PAIN

Dianjurkan oleh Invade dan penerbit kandungan komedi SGAG, acara tahun ini juga akan membawakan cabaran dan aktiviti yang boleh dinikmati semua orang. 

Misalnya, The Beam of Pain. Laluan berhalangan ini menampilkan batang pengimbang sepanjang 15 meter yang di atasnya adalah tikar akupunktur. 

Individu yang paling pantas dan berani untuk mengatasi cabaran itu berpeluang membawa pulang S$888. 

Artbox akan berlangsung antara 24 hingga 26 Februari dan 3 hingga 5 Mac mulai pukul 12.00 tengah hari sehingga pukul 11.00 malam di Dewan 6 Singapore Expo. 

Tiket sekali masuk bermula pada harga S$5 pada hari biasa dan S$6 pada hujung minggu bagi setiap seorang. 

Pas musim yang membenarkan anda untuk memasuki pada keenam-enam hari itu berharga S$33 bagi setiap seorang dan diberi keutamaan untuk masuk. 

Bagi maklumat lebih lanjut, layari https://www.artbox.sg/.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita