Arab Saudi lancar platform dilengkapi AI bantu jemaah sedunia perbaiki bacaan al-Quran
Presidensi Umum Hal Ehwal Agama Arab Saudi di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi melancarkan platform digital inovatif bagi mengajar Surah Al-Fatihah, termasuk hukum tajwid serta membetulkan bacaan, sebagai sebahagian daripada strategi transformasi digital untuk meningkatkan pengalaman pengunjung ke dua masjid suci itu.
Pemandangan di Masjidil Haram dari udara pada 7 Jun 2024. (Gambar: HaramainInfo)
Platform tersebut boleh diakses melalui (https://fatiha.prh.gov.sa/home) dan direka khas bagi jemaah haji dan umrah dari seluruh dunia, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Ia turut menawarkan kandungan pendidikan yang menyeluruh merangkumi tafsiran, bacaan serta hafazan al-Quran dalam pelbagai bahasa.
Platform mesra pengguna itu turut dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI) yang dapat mengesan serta membetulkan kesilapan bacaan secara audio, selain menyediakan laporan berkala terperinci bagi menjejak kemajuan individu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.