Arab Saudi bakal tawar kapsul tidur percuma bagi jemaah haji
Satu lagi pilihan penginapan bagi para jemaah yang menunaikan ibadah haji dan umrah. Ia persis kapsul tidur yang ditawarkan di Jepun tetapi kali ini, ia khusus bagi para jemaah Haji.
Kapsul tidur yang bakal ditawarkan kepada para jemaah haji (Gambar: AFP)
MAKKAH: Satu lagi pilihan penginapan bagi para jemaah yang menunaikan ibadah haji dan umrah. Ia persis kapsul tidur yang ditawarkan di Jepun tetapi kali ini, ia khusus bagi para jemaah Haji.
Kerajaan Saudi merancang untuk menawarkan kapsul-kapsul tidur itu di barat Mina dalam beberapa hari akan datang, sedang ia menganggarkan sekitar dua juta jemaah berhimpun bagi ibadah haji.
Kapsul-kapsul tidur yang ditawarkan secara percuma itu adalah sebahagian daripada langkah-langkah baru Arab Saudi dalam usahanya untuk mempermudahkan dan melicinkan pelaksanaan ibadah tersebut.
Kerajaan juga akan memperkenalkan aplikasi yang menawarkan khidmat penterjemahan dan perubatan kecemasan secara langsung.
Antara 18 hingga 24 kapsul tidur akan ditawarkan secara percuma dalam beberapa hari mendatang.
Ruang kaca gentian - yang panjangnya kurang tiga meter dan tinggi sekitar semeter - dilengkapi dengan tilam, cadar bersih, penyaman udara dan cermin besar.
Kapsul-kapsul itu diletakkan atas satu sama lain dan dipasang sebaris bagi memaksimumkan ruang yang ada.
"Kami sentiasa memikirkan tentang cara-cara bagi membuat para jemaah berasa lebih selesa semasa menjalankan ibadah Haji," kata Ketua Persatuan Kebajikan Haji Mansour al-Amer.
BAGI KEGUNAAN BERSAMA JEMAAH
Kapsul-kapsul tidur itu satu huraian bagi para jemaah yang tidak mampu untuk menempah hotel tetapi memerlukan tempat istirahat.
Setiap jemaah diberi akses kepada kapsul tidur itu selama tiga jam. Kapsul-kapsul tersebut diimport daripada Jepun pada harga sekitar AS$1,114 (S$1,500) setiap kapsul.
Ketika para jemaah bangun apabila masuk waktu solat - lima kali sehari - para pekerja akan membersihkan kapsul-kapsul tidur sebelum digunakan jemaah selanjutnya.
Menerangkan lebih lanjut, kapsul-kapsul tidur itu diilhamkan oleh model-model kereta dan basikal sewa yang kian popular.
"Kapsul itu ditawarkan dalam ekonomi perkongsian, seperti basikal-basikal yang boleh anda sewa selama sejam kemudian orang lain pula menyewanya," kata Encik Amer.
12 kapsul tidur berkenaan sudah diuji awal tahun ini. Encik Amer menganggarkan sekitar 60 jemaah menggunakan setiap kapsul tidur pada bulan suci Ramadan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.