Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Arab Saudi bakal miliki bandar terapung berbentuk penyu bernilai AS$8 bilion

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi bakal miliki bandar terapung berbentuk penyu bernilai AS$8 bilion

(Gambar: Instagram/lazzarinidesign)

Diterbitkan : 20 Nov 2022 05:08PM Dikemas Kini : 20 Nov 2022 10:02PM
DOHA: Arab Saudi tidak lama lagi akan memiliki sebuah bandar terapung bernilai AS$8 bilion (S$11 bilion) yang dinamakan 'Pangeos'.

Dengan reka bentuk seperti penyu, bandar terapung itu mampu menampung 60,000 tetamu, malah akan turut mempunyai landasan kapal terbang serta pad helikopter, menurut kenyataan yang dikeluarkan studio rekaan Itali, Lazzarini.

Pangeos merupakan nama yang diambil daripada Pangea, iaitu sebuah benua besar yang pernah wujud dari 200 hingga 335 juta tahun dahulu, seperti dinukil daripada Astro AWANI.

Apabila ia siap, struktur itu akan menjadi struktur terapung terbesar di dunia.

Walaupun bahagian dalaman Pangeos masih belum didedahkan, Lazzarini menjangkakan AS$8 bilion (S$11 bilion) akan dilaburkan dalam pembinaan, dengan garis masa lapan tahun.

Berkonsepkan 'terayacht', ia akan menggunakan tenaga solar dan menempatkan hotel, pusat beli-belah dan taman, lapor Astro AWANI.

Dengan kuasa transmisi pacuan jet, struktur terapung itu akan dapat melayari pada kelajuan lima knot.

Ia dikuasakan oleh sembilan enjin superkonduktor bersuhu tinggi; setiap motor elektrik sepenuhnya berkeupayaan 16,800hp dan dikuasakan oleh pelbagai sumber tenaga dalaman.

Dari segi penginapan pula, para tetamu boleh memilih untuk tinggal di pangsapuri, villa ataupun istana diraja.
Sumber : Agensi berita/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa