Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Apple tarik balik MacBook Pro lama ekoran risiko bateri terbakar

Apple Inc pada Khamis (20 Jun) mengumumkan penarikan semula jumlah terhad komputer MacBook Pro 15 incinya kerana bateri yang mudah panas dan menimbulkan "risiko keselamatan kebakaran".

Anggaran Waktu Membaca:
Apple tarik balik MacBook Pro lama ekoran risiko bateri terbakar

Gambar fail komputer MacBook Pro (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 21 Jun 2019 10:07AM Dikemas Kini : 21 Jun 2019 10:10AM

SAN FRANCISCO: Apple Inc pada Khamis (20 Jun) mengumumkan penarikan semula jumlah terhad komputer MacBook Pro 15 incinya kerana bateri yang mudah panas dan menimbulkan "risiko keselamatan kebakaran".

Unit-unit terjejas dijual antara September 2015 hingga Februari 2017 dan boleh dikenal pasti melalui nombor siri produk, menurut kenyataan syarikat teknologi itu.

Apple, yang menasihatkan para pelanggannya untuk berhenti menggunakan unit MacBook Pro yang terjejas, menekankan bahawa penarikan semula dari pasaran itu tidak menjejas komputer riba Mac yang lain.

Sebelum ini, Samsung Electronics Co Ltd pernah menghentikan penjualan Galaxy Note 7 kurang dua bulan sejak pelancarannya setelah telefon tersebut terbakar akibat letupan bateri.

Untuk periksa sama ada model MacBook Pro anda terjejas, anda boleh lungsuri laman ini.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan