Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Apple tanpa sengaja dedah semula kelemahan keselamatan dalam iOS terbaru

Pengguna peranti Apple diberi amaran agar lebih berhati-hati berhubung keselamatan mereka di alam siber buat beberapa hari mendatang, selepas syarikat tersebut tersilap mendedahkan semula kelemahan keselamatan dalam versi terkini iOS.

Anggaran Waktu Membaca:
Apple tanpa sengaja dedah semula kelemahan keselamatan dalam iOS terbaru

(Gambar: Regis Duvignau/REUTERS)

Diterbitkan : 21 Aug 2019 03:30PM Dikemas Kini : 21 Aug 2019 03:32PM

AMERIKA SYARIKAT: Pengguna peranti Apple diberi amaran agar lebih berhati-hati berhubung keselamatan mereka di alam siber buat beberapa hari mendatang, selepas syarikat tersebut tersilap mendedahkan semula kelemahan keselamatan dalam versi terkini iOS.

Dalam iOS 12.4, yang dikeluarkan bulan lalu, Apple menambah baik beberapa masalah keselamatan, serta mengupayakan sokongan untuk Apple Card di Amerika Syarikat.

Namun menurut laporan The Guardian, apabila Apple berbuat demikian, syarikat itu secara tidak sengaja mendedahkan semula masalah yang diperbaiki sebelum ini dalam iOS 12.3 pada akhir April.

Kelemahan yang dikesan pasukan Project Zero oleh Google, secara teorinya membenarkan "aplikasi yang bersifat hasad ... untuk melancarkan sebarang kod dalam sistem".

Dalam erti kata lain, menurut The Guardian, jika kelemahan itu dieksploitasi, aplikasi yang bersifat jahat boleh mendapatkan kawalan sepenuhnya ke atas iPhone - satu impian untuk penggodam dan pengintip di merata dunia.

Kelemahan yang terdedah dan tidak diperbetulkan itu jarang berlaku pada sistem iOS.

Kali terakhir versi terbaru iOS terdedah kepada kelemahan godaman atau 'jailbreak' adalah pada 2015, untuk tempoh hanya tujuh hari.

"Tidak ada syarikat yang bebas dari membuat kesilapan, termasuk Apple, terutamanya apabila perisian itu sangat rumit seperti iPhone," kata Javvad Malik dari badan KnowBe4 yang berusaha meningkatkan kesedaran orang ramai tentang isu keselamatan.

"Walaupun terdapat peluang untuk mengambil kesempatan daripada kelemahan itu sehingga pembaikan dilakukan, para pengguna boleh melindungi diri mereka dengan memastikan aplikasi yang mereka muat turun adalah sah dan selamat.

"Mana-mana pihak yang cuba menyerang, mungkin akan cuba menipu pengguna untuk memuat turun versi perisian yang bersifat hasad untuk mencuba dan mengeksploitasi kelemahan itu."

Stefan Esser, seorang pakar keselamatan iPhone, menulis satu amaran tambahan di Twitter agar orang ramai "berhati-hati dengan aplikasi yang mereka muat turun dari Apple AppStore."

Apple sudah dihubungi untuk memberikan komen. Syarikat itu dijangka akan menyelesaikan masalah itu lagi dalam kemaskini iOS 12.4.1, yang mungkin akan diterbitkan dalam masa beberapa hari. 

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan