Apple senaraikan iPhone XS Max, iPhone 6s Plus sebagai produk vintaj
Apple menambah dua model iPhone lama mahupun beberapa model jam tangan iWatch Series 2 ke dalam senarai produk lamanya.
Anggaran Waktu Membaca:
CALIFORNIA: Apple menambah dua model iPhone lama mahupun beberapa model jam tangan iWatch Series 2 ke dalam senarai produk lamanya.
Dalam erti kata lain, iPhone 6s Plus dan iPhone XS Max kini dianggap sebagai produk Apple 'vintaj' di seluruh dunia.
Jam tangan Watch Series 2 yang diperbuat daripada besi keluli tahan karat dan aluminium pula dimasukkan ke dalam senarai produk Apple yang tidak lagi relevan atau sudah usang.
iPhone 6s Plus dilancarkan pada September 2015 sementara iPhone XS Max diperkenalkan pada September 2018.
Buat masa ini, model variasi kecil yang diperkenalkan pada waktu yang sama, iaitu iPhone 6s dan juga iPhone XS belum disenaraikan di bawah kategori sama.
Ia bagaimanapun mungkin dimasukkan ke dalam senarai dalam waktu terdekat.

Sumber : Sumber Web/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.