Apple lancar versi iPhone AI 16e berharga S$949, tempahan awal mulai 21 Feb
Anggaran Waktu Membaca:
iPhone 16e terbaru Apple yang berharga sederhana. (Gambar: Apple)
SINGAPURA: Apple melancarkan iPhone 16e pada Rabu (19 Feb), versi telefon dengan ciri kecerdasan buatan (AI) yang dijual pada harga jauh lebih murah berbanding model pendahulunya.
Apple berharap model iPhone dengan harga yang lebih termampu dapat memperluas pasarannya. Apple menghadapi persaingan sengit daripada pengeluar telefon bijak lainnya, terutama di China.
Telefon baru itu, menyaingi telefon bijak Android dari Samsung dan Huawei dari China yang sudah menyertakan ciri AI dalam peranti masing-masing.
Jualan telefon Apple merosot pada tiga bulan lalu dengan permintaan bagi model iphone harga rendahnya menjunam.
iPhone 16e dijual pada pada harga AS$599 (S$949), AS$170 lebih tinggi daripada model iPhone SE tahap permulaan. Meski demikian, iPhone 16e memiliki banyak ciri yang ada pada model yang lebih mahal, termasuk AI seperti Apple Intelligence dan ChatGPT.
Rupa bentuk iPhone 16e juga tidak kalah hebat, seakan-akan model yang lebih mahal, kecuali tanpa lensa kamera sudut lebar.
Pembeli boleh memilih warna putih atau dengan kapasiti simpanan 128GB, 256GB, dan 512GB ditawarkan.
Menurut Apple bateri iPhone 16e mampu bertahan hingga enam jam lebih lama dibandingkan iPhone 11 dan 12 jam lebih lama daripada semua generasi iPhone SE.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.