Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Apple lancar gajet baru, termasuk iPhone 14 dan jam tangan

Anggaran Waktu Membaca:
Apple lancar gajet baru, termasuk iPhone 14 dan jam tangan

Gambar: Getty Images via AFP/ Getty Images North America/ Justin Sullivan

CALIFORNIA: Apple melancarkan telefon bijak baru iPhone 14 pada harga yang serupa dengan iPhone 13 ketika inflasi dan gangguan rantaian bekalan. Ia juga melancarkan Apple Watch Ultra, jam tangan digital premium dengan harga yang berpatutan.

Meskipun acara untuk mengumumkan gajet baru itu di ibu pejabat Apple di California tidak mengandungi seberang kejutan, gergasi teknologi tersebut menunjukkan sistem pengenalan digital baru yang tidak memerlukan kad SIM.

Bagi pelanggan Singapura, harga iPhone 14 bermula dari S$1,299 untuk pilihan 128GB manakala iPhone 14 plus yang mempunyai skrin yang lebih luas bermula dari S$1,499.

Harga bagi versi Pro iPhone yang mempunyai pilihan 128GB hingga 1TB bermula dari S$1,649 manakala versi Pro Max pula bermula dari S$1,799.

Tempahan awal bermula pada pukul 8.00 malam Jumaat (9 Sep) dengan versi iPhone 14 dan Plus masing-masing ditawarkan dari 16 Sep dan 7 Okt.

Versi Pro pula mula ditawarkan pada 16 Sep.

Ciri-ciri baru iPhone 14 termasuk bateri yang lebih bertahan lama dan keupayaan ambil gambar baru yang boleh menangkap gambar lebar dan di tempat kurang cahaya.

Telefon baru itu juga mengandungi fungsi "SOS kecemasan" untuk menghantar mesej kepada khidmat kecemasan tanpa perlu Wifi.

iPhone 14 plus mempunyai skrin berukuran 6.7 inci untuk pengalaman menonton video atau bermain permainan dengan lebih baik.

Harga jam tangan Apple Siri 8 bermula dari S$599 dan boleh memantau suhu badan serta fungsi badan yang lain.

Apple juga melancarkan jam tangan Apple Ultra, berharga S$1,199 yang mempunyai bateri bertahan lebih lama bagi atlit triathlon.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan