Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Apple, Google rai Hari Emoji Sedunia dengan 124 reka bentuk baru

Menghantar mesej tidak lama lagi akan lebih seronok dan paling penting, inklusif.

Anggaran Waktu Membaca:
Apple, Google rai Hari Emoji Sedunia dengan 124 reka bentuk baru

(Gambar: Apple)

Diterbitkan : 18 Jul 2019 01:06PM Dikemas Kini : 18 Jul 2019 01:07PM

SINGAPURA: Menghantar mesej tidak lama lagi akan lebih seronok dan paling penting, inklusif.

Ini kerana Apple dan Google akan mengeluarkan 124 emoji baru dalam beberapa bulan mendatang. Demikian diumumkan syarikat gergasi teknologi tersebut pada Rabu (17 Jul) yang juga Hari Emoji Sedunia.

Apple akan mempunyai tambahan 59 lagi emoji dengan kemas kini perisian seterusnya pada September atau Oktober. Sementara itu, Google pula bakal menawarkan 65 reka bentuk emoji baru apabila Android Q dikeluarkan menjelang hujung September nanti.

Dengan pilihan emoji baru tersebut, para pengguna Android boleh menjangkakan 71 gandingan pasangan pelbagai warna kulit serta reka bentuk yang tidak tertakluk kepada satu-satu jantina.

Begitu juga buat para pengguna Apple yang boleh memilih daripada 75 emoji gandingan pasangan dengan rona kulit berbeza. Ini hasil daripada kemas kini perisian seterusnya bagi iPhone, iPad, komputer Mac dan Apple Watch.

Selain itu, emoji baru lain yang akan ditampilkan dalam kedua-dua iOS dan Android termasuk anjing pemandu, telinga dengan alat bantuan pendengaran, kerusi roda, tongkat untuk berjalan kaki dan lengan prostetik.

Bahkan, lebih banyak pilihan emoji akan disediakan untuk menunjukkan ekspresi wajah - seperti muka ketika menguap - serta emoji makanan termasuk wafel dan tiram.

Emoji baru itu berdasarkan watak yang dipersetujui dalam Unicode 12.0 dan dibangunkan oleh Unicode Consortium - sebuah kumpulan tidak meraih keuntungan yang memutuskan apakah emoji baru yang akan digunakan serta bila ia dikeluarkan.  

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan