Apple dijangka perkenalkan komputer riba dengan skrin sentuh
Apple dijangka memperkenalkan MacBook pertama dengan skrin sentuh pada Rabu (28 Okt), sekali gus mengubah pendirian lamanya yang menolak penggunaan teknologi tersebut, selepas melancarkan beberapa produk baharu menjelang musim membeli-belah hujung tahun yang penting.
Logo Apple Inc kelihatan di pintu masuk kedai Apple di Brussels, Belgium, pada 28 November 2022. (Gambar: REUTERS/Yves Herman)
- Apple is expected to introduce its first MacBook with a touchscreen in Los Angeles on Wednesday, 28 October, following the launch of the foldable iPhone Duo in Silicon Valley in September and a smart home hub in New York in early October.
- The move reverses the longstanding opposition of Steve Jobs, Tim Cook and John Ternus, as touchscreens become increasingly common on Windows computers and new buyers expect touch controls.
- Although Mac sales are rising, growth is driven largely by technology enthusiasts and businesses using computers to run artificial intelligence tasks directly on the device.
- Bloomberg reported that the touchscreen model may use the existing M5 Pro and M5 Max chips, without a major leap in performance. Analyst Anshel Sag sees the change as inevitable, while Jason Calacanis stressed the need for better memory and processors.
- Apple dijangka memperkenalkan MacBook pertama dengan skrin sentuh di Los Angeles pada Rabu, 28 Oktober, selepas pelancaran iPhone lipat Duo di Silicon Valley pada September dan hab rumah bijak di New York awal Oktober.
- Langkah itu membalikkan bantahan lama Steve Jobs, Tim Cook dan John Ternus, ketika skrin sentuh semakin lazim pada komputer Windows dan pembeli baharu mengharapkan kawalan sentuhan.
- Walaupun jualan Mac meningkat, pertumbuhannya banyak didorong peminat teknologi dan perniagaan yang menggunakan komputer untuk menjalankan tugasan kecerdasan buatan secara langsung pada peranti.
- Bloomberg melaporkan model sentuh mungkin memakai cip M5 Pro dan M5 Max sedia ada, tanpa lonjakan prestasi besar; penganalisis Anshel Sag melihat perubahan itu sebagai tidak terelakkan, sementara Jason Calacanis menekankan keperluan memori dan pemproses lebih baik.
Apple akan mengadakan satu acara di Los Angeles selepas melancarkan iPhone lipat yang dikenali sebagai Duo di ibu pejabatnya di Silicon Valley pada September, serta hab rumah bijak di New York pada awal Oktober. Walaupun produk-produk tersebut akan menguji pasaran baharu bagi Apple, acara di Los Angeles itu mungkin membangkitkan semula persoalan lama: Perlukah Apple memperkenalkan skrin sentuh, yang dipopularkannya menerusi iPhone dan iPad, dalam rangkaian produk tertuanya?
Para eksekutif Apple sejak sekian lama menolak idea tersebut. Pada 2010, Steve Jobs menyifatkan skrin sentuh pada komputer riba sebagai "sangat tidak selesa dari segi ergonomik", manakala Tim Cook, yang ketika itu merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Apple, berkata pada 2012 bahawa peranti sedemikian akan memberikan pengalaman yang seolah-olah memaksakan dua fungsi yang tidak sesuai kepada para pengguna. Sebelum menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Apple, John Ternus pula berhujah bahawa Apple sudah pun menghasilkan komputer dengan skrin sentuh menerusi rangkaian iPadnya.
Bagaimanapun, skrin sentuh sudah digunakan secara meluas pada peranti Windows sejak lebih sedekad lalu. Dengan iPhone menghampiri ulang tahun ke-20 pelancarannya, generasi baharu pembeli kini menjangkakan skrin peranti yang dapat dikendalikan dengan sentuhan.
"Saya percaya mereka sejak awal lagi tersilap apabila menolak teknologi skrin sentuh, dan kini mereka terpaksa menerima hakikat tersebut," kata penganalisis Moor Insights & Strategy, Anshel Sag. "Ada perkara yang sememangnya tidak dapat dielakkan."
Persoalan utama bagi Apple ialah bagaimana pelanggan akan menerima perubahan tersebut. Syarikat itu mencatatkan peningkatan jualan Mac, namun sebahagian besar pertumbuhan tersebut didorong oleh peminat teknologi dan perniagaan yang membeli komputer tersebut untuk menjalankan tugasan AI secara langsung pada peranti.
Walaupun Apple mengumumkan model asas MacBook Pro yang dipertingkat dengan cip M6 baharu minggu ini, Bloomberg News melaporkan syarikat tersebut merancang untuk mengeluarkan model skrin sentuh menggunakan cip M5 Pro dan M5 Max sedia ada yang digunakan dalam model MacBook Pro. Ini bermakna komputer baharu tersebut tidak akan menawarkan peningkatan prestasi yang ketara berbanding model sedia ada.
"Apa yang orang ramai mahukan hanyalah lebih banyak memori dan pemproses yang lebih baik untuk menjalankan model AI secara setempat" tulis pengulas teknologi terkenal dan pengacara All-In Podcast, Jason Calacanis, di platform X.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.