Skip to main content

Gaya Hidup

App 'Eat Shop Play' jadi saluran maklumat bagi para pelanggan penjaja

Satu aplikasi telefon bijak dilancarkan bagi gerai-gerai penjaja berkongsi maklumat dengan para pelanggan. Dipanggil 'Eat Shop Play', aplikasi tersebut menawarkan maklumat tentang semua 6,300 gerai penjaja di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Mar 2019 12:33AM Dikemas Kini : 30 Mar 2019 12:39AM

SINGAPURA: Satu aplikasi telefon bijak dilancarkan bagi gerai-gerai penjaja berkongsi maklumat dengan para pelanggan. Dipanggil 'Eat Shop Play', aplikasi tersebut menawarkan maklumat tentang semua 6,300 gerai penjaja di Singapura.

Maklumat seperti bila pusat penjaja akan ditutup untuk kerja-kerja pembersihan atau bila gerai kegemaran ramai akan berpindah, kini dapat diakses dengan lebih mudah.

Idea tentang aplikasi ini tercetus selepas para penciptanya tidak dapat menjejaki gerai kegemaran mereka yang berpindah. Sejauh ini 25 pusat penjaja telah menyertai app ini.

Para penggunanya juga akan dapat menikmati promosi yang ditawarkan para penjaja dan membuat pembayaran tanpa tunai menerusi app tersebut.

Ia juga satu bentuk usaha terhadap budaya penjaja Singapura. 

Sumber : CNA/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita