Apakah yang sebenarnya berkesan untuk merawat sakit lutut?
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: iStock/milorad kravic)
NEW YORK: Selepas bahagian belakang tubuh, lutut adalah bahagian kedua paling kerap mengalami kesakitan kronik. Sakit lutut boleh berlaku akibat kecederaan dalam kalangan golongan muda yang aktif atau akibat kemerosotan sendi seiring peningkatan usia.
Sebagai sendi terbesar dalam tubuh, lutut menanggung tekanan yang besar semasa aktiviti seperti bersukan, menaiki tangga dan juga ketika naik dan turun dari katil. Lama-kelamaan, tekanan ini boleh menyebabkan kesakitan daripada ketidakselesaan ringan hingga gejala yang melemahkan.
Kesakitan kronik juga boleh memberi kesan dari segi fizikal, kewangan dan emosi. Walau bagaimanapun, pakar-pakar mengatakan sakit lutut tidak semestinya memerlukan pembedahan, kerana terdapat pelbagai rawatan untuk mengurangkan kesakitan dan mengekalkan pergerakan.
PUNCA UMUM SAKIT LUTUT
Punca sakit lutut kronik yang paling biasa, terutamanya dalam kalangan orang dewasa berusia 55 tahun ke atas, adalah osteoartritis. Ia berlaku apabila tulang rawan haus dan kehilangan keupayaannya untuk menyerap hentakan, sekali gus menyebabkan keradangan, bengkak dan kesakitan yang biasanya bertambah buruk dari semasa ke semasa.
Mereka yang menghidap osteoartritis juga mungkin mengalami kekejangan pada waktu pagi yang bertambah baik apabila mereka mula bergerak atau melakukan kegiatan harian.
Dalam kalangan mereka yang aktif secara fizikal, kecederaan akibat penggunaan berlebihan adalah perkara biasa, terutama selepas peningkatan mendadak dari segi tahap dan tempoh senaman.
Pelari jarak jauh mungkin mengalami sindrom jalur IT, yang menyebabkan kesakitan di bahagian luar lutut. Satu lagi keadaan, sindrom kesakitan patelofemoral atau lutut pelari, menyebabkan kesakitan di bawah tempurung lutut. Ia boleh berlaku akibat penggunaan berlebihan, kelemahan otot kuadriseps yang lemah, penjajaran lutut yang lemah atau kecederaan sebelumnya.
Kecederaan secara tiba-tiba boleh berlaku selepas jatuh, kemalangan, kegiatan sukan atau pergerakan harian biasa.
Kecederaan yang kerap berlaku ialah meniskus koyak, iaitu tulang rawan yang menyerap hentakan dan menstabilkan lutut. Ia sering disebabkan oleh pergerakan memulas dan boleh menyebabkan kesakitan yang tajam, bengkak dan kesukaran membengkokkan sendi.
Kecederaan ligamen juga biasa berlaku, terutamanya yang melibatkan MCL dan ACL. Koyakan ACL kadangkala menyebabkan rasa seolah-olah ada sesuatu yang tersentak pada lutut.
MERAWAT KESAKITAN AKIBAT PENGGUNAAN YANG BERLEBIHAN DAN ARTRITIS
Orang yang mengalami sakit lutut yang secara beransur-ansur menjadi semakin teruk boleh berjumpa dengan ahli terapi fizikal, yang boleh mengenal pasti corak pergerakan atau kelemahan otot yang menyumbang kepada masalah tersebut.
Untuk kesakitan kronik, menguatkan otot di sekitar lutut – termasuk otot punggung, fleksor pinggul, kuadriseps, hamstring, betis dan buku lali – boleh membantu mengurangkan kesakitan dan mencegah masalah pada masa hadapan.
Senaman juga boleh mengurangkan kesakitan akibat osteoartritis dan mungkin sama berkesannya dengan ubat penahan sakit yang boleh dibeli tanpa surat doktor. Aktiviti berimpak rendah seperti berbasikal, berenang dan menggunakan mesin elips mungkin sesuai apabila senaman lain menyakitkan.
Memakai pita sokongan pada lutut dan memakai kasut yang stabil dan menyokong juga boleh membantu.
Jika perubahan gaya hidup dan ubat oral tidak mencukupi, doktor mungkin mengesyorkan suntikan steroid, walaupun ini tidak digalakkan untuk kegunaan kerap.
Bukti mengenai suntikan asid hialuronik masih bercampur-campur, manakala suntikan plasma kaya platelet boleh mengurangkan kesakitan bagi sesetengah pesakit. Namun, harganya mahal dan ia belum terbukti dapat menjana semula rawan sendi.
Jika rawatan lain gagal dan sakit lutut terus menjejaskan mutu hidup dengan ketara, pembedahan penggantian lutut mungkin boleh dipertimbangkan.
MERAWAT KECEDERAAN
Bagi kecederaan yang berlaku secara tiba-tiba, pakar-pakar mengesyorkan agar para individu menghentikan aktiviti yang menyebabkan kesakitan dan meletakkan pek ais di sekitar lutut. Ubat tahan sakit yang dijual bebas seperti ibuprofen atau ubat sapuan juga boleh membantu.
Sesetengah kecederaan, termasuk ACL atau meniskus koyak, mungkin memerlukan pembedahan.
Rawatan perubatan harus dicari jika lutut terasa tidak stabil, terdapat sakit tajam yang tiba-tiba, atau seseorang tidak dapat menaiki tangga atau berjalan lebih daripada empat langkah tanpa rasa sakit.
Demam, sakit yang semakin teruk, sakit tertumpu pada tulang atau sakit yang mengganggu tidur juga tidak boleh diabaikan.
CARA MENJAGA KESIHATAN LUTUT
Walaupun faktor seperti usia dan genetik tidak dapat diubah, mengekalkan berat badan yang sihat dapat membantu mengurangkan tekanan pada lutut. Setiap langkah yang diambil boleh memberi beban bersamaan dua hingga tiga kali ganda berat badan seseorang pada sendi lutut.
Kekal aktif juga penting. Bertentangan dengan tanggapan bahawa senaman boleh merosakkan lutut, otot yang lemah kerana kurang bergerak sebenarnya boleh meningkatkan risiko menghidap osteoartritis pada kemudian hari.
Malah, bagi mereka yang menghidap artritis, mengekalkan kelenturan dan kekuatan tubuh, mengamalkan pemakanan sihat dan rehat yang mencukupi boleh membantu meningkatkan fungsi sendi dan mengurangkan gejala.
Para pakar mengatakan bahawa walaupun masalah lutut tidak dapat dicegah sepenuhnya, ia selalunya boleh diuruskan melalui langkah-langkah yang proaktif.

Sumber : New York Times/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.