Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Apakah sebab uban tumbuh pada usia muda?

Kaum lelaki kalau sudah menginjak lingkungan usia 40-an tahun akan mula tumbuh uban atau rambut putih.

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Kaum lelaki kalau sudah menginjak lingkungan usia 40-an tahun akan mula tumbuh uban atau rambut putih.

Ia merupakan fenomena biasa yang berlaku kepada ramai orang lelaki dan ia petanda bahawa usia semakin meningkat dan juga kerana faktor biologi dalam diri mereka.

Namun bagaimana pula jika rambut putih mula tumbuh pada usia lebih muda, misalnya pada penghujung usia 20-an atau awal 30-an tahun?

Perkara ini pastinya akan membuat seseorang itu berasa bimbang atau resah, bukan?

Bagi sesetengah orang, rambut putih mereka mungkin tumbuh lebih awal kerana faktor genetik.

Jika kedua-dua ibu bapa mereka mula tumbuh rambut putih pada usia muda, besar kemungkinan hal yang sama juga akan berlaku kepada mereka.

Namun, ada pula yang mungkin disebabkan oleh faktor-faktor luaran yang lain.

Berikut adalah 8 punca utama mengapa uban tumbuh lebih awal:

1. PENGGUNAAN PENGERING RAMBUT SECARA KERAP

Haba dari peranti elektronik seperti pengering (hair dryer) dan pengulung rambut (hair curler) boleh menyebabkan masalah rambut beruban lebih awal.

Ini kerana apabila anda sering menggunakan pengering rambut, ia akan membuat rambut menjadi lemah dan rapuh. Suhu panas yang dihasilkan daripada alat itu juga akan menjejas penghasilan melanin dalam rambut lalu mempercepatkan proses beruban.

2. TEKANAN

Anda pernah dengar ungkapan: "Banyak uban ini sebab banyak berfikir".

Ternyata, tekanan jiwa boleh menyumbang kepada masalah rambut beruban.

Selain uban, tekanan juga boleh menyebabkan rambut menjadi rontok dan gugur.

3. KERAP MAKAN MAKANAN SEGERA

Pengambilan makanan secara tidak sihat seperti makanan segera dan kudapan boleh menjejas kesejahteraan tubuh.

Malah, ia juga membawa kesan negatif terhadap penghasilan melanin dalam rambut.

Ini yang boleh membuatkan rambut menjadi putih.

4. KERAP WARNAKAN RAMBUT

Rambut yang diwarnakan sememangnya akan kelihatan lebih cantik namun pada hakikatnya, bahan pewarna yang digunakan boleh merosakkan sel-sel melanin dalam rambut sehingga membuatnya menjadi putih.

5. TERLALU KERAP CUCI RAMBUT

Jenis syampu yang digunakan untuk mencuci rambut turut memainkan peranan.

Pilih syampu yang bebas daripada bahan kimia kerana ia boleh menyebabkan rambut tumbuh uban dengan cepat.

6. MEROKOK

Ini satu tabiat yang bukan sahaja memudaratkan kesihatan, malah ia juga menyebabkan rambut keluar uban dengan cepat.

Satu kajian yang pernah diterbitkan oleh J.G Mosley pada 1996 mendedahkan bahawa para perokok empat kali ganda mengalami masalah rambut cepat keluar uban.

7. KURANG ASID FOLIK & ZAT BESI DALAM TUBUH

Kekurangan asid folik, zat besi dan vitamin B12 dalam tubuh berupaya melambatkan dan menjejas tumbuhan rambut baru yang sihat.

8. DIET TIDAK SEIMBANG

Diet pemakanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan masalah kekurangan zat dalam tubuh.

Apabila tubuh tidak menerima zat yang mencukupi, sistem dalam tubuh juga tidak boleh berfungsi dengan baik.

*Artikel asal dari Maskulin

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan