Apakah manfaat kunyit untuk kesihatan?
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Pexel)
NEW YORK: Kunyit sudah lama digunakan sebagai rempah dan tujuan perubatan selama beribu tahun. Sejak beberapa dekad ini, ia menjadi suplemen diet, yang sering kali dijual sebagai kurmumin. Ia adalah kimia yang ditemui pada kunyit yang dikeringkan.
Ia didakwa dapat memulihkan sakit sendi, mengurangkan masalah radang dan memperbaiki pergerakan.
Di Thailand, kunyit juga dimakan dalam bentuk rempah atau suplemen untuk mengurangkan gejala gastrousus, seperti perut kembung atau masalah pencernaan.
Demikian menurut Dr Krit Pongpirul, seorang profesor madya perubatan pencegahan dan sosial di Universiti Chulalongkorn di Bangkok. Namun, hanya segelintir kajian yang menilai manfaat sdemikian.
Dalam satu ujian yang diterbitkan pada September, dalam jurnal BMJ Perubatan Berasaskan Bukti, Dr Pongpirul dan rakan sekerjanya menguji sama ada suplemen kurkumin dapat membantu pesakit dengan dispepsia, iaitu sejenis penyakit gastrousus yang menyebabkan perut berasa sakit dan kenyang, mual dan perut kembung selepas makan.
Terdapat 151 pesakit yang menyertai kajian tersebut. Pada minggu keempat dan kelapan, kesemua tiga kumpulan melaporkan kekurangan pada gejala seperti rasa sakit, sendawa, masalah radang dan perut kembung.
Dr Mahtab Jafari, seorang profesor sains farmaseutikal di Universiti California, Irvine, memberi amaran bahawa pesakit menghidapi gejala gastrousus yang menyakitkan, tidak digalakkan untuk menggunakan kurkumin, tanpa penilaian perubatan yang betul.
BOLEHKAH KUNYIT MEMBANTU PENYAKIT LAIN?
Kunyit dan kurkumin adalah di antara suplemen diet yang banyak dikaji, kata Dr Janet Funk, seorang profesor perubatan di Universiti Arizona.
Dalam satu tinjauan menyeluruh yang diterbitkan pada Mac, Dr Funk dan rakan sekerjanya menilai 389 ujian klinikal terhadap bagaimana suplemen kurkumin mungkin mempengaruhi sejumlah penyakit, termasuk kencing manis Jenis 2, penyakit lutut osteoarthritis, masalah pencernaan, barah dan demensia.
Kebanyakan daripadanya merupakan kajian skala kecil, katanya. Namun bukti yang ditemui menunjukkan bahawa suplemen tersebut mungkin dapat membantu pesakit lutut osteoarthritis, dan pesakit dengan kerintangan insulin atau kencing manis.
Dr Jafari, yang mengkaji kurkumin di makmalnya, berkata beliau yakin ia mempunyai kesan antiradang yang tulen. Namun disebabkan kekurangan ujian berskala besar yang dibentuk dengan baik serta pengawalan industri, dia tidak menggalakkan orang ramai untuk menggunakan suplemen kurkumin.
Disebabkan keprihatinan terhadap ketulenan dan keselamatan suplemen kunyit, cara penggunaan herba yang terbaik adalah : "Beli akar kunyit, kisar, dan letak ke dalam makanan anda, dan nikmatinya,' kata Dr Jafari.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.