Apabila si cilik melangkah ke sekolah buat pertama kali
Pada hari Jumaat minggu depan, sekolah bakal dibuka semula.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pada hari Jumaat minggu depan, sekolah bakal dibuka semula. Suasana teruja pasti sudah dapat dirasai oleh anak-anak dan ibu bapa. Terutamanya, bagi yang pertama kali akan menjejakkan kaki ke sekolah rendah atau prasekolah. Pengalaman ini pastinya akan meninggalkan kenangan tersendiri.
Bayangkan berderap kasut kecil melangkah masuk ke sekolah baharu. Ada yang tersenyum lebar, ada yang menggenggam erat tangan ibu bapa dan ada juga yang mungkin menahan air mata sambil memandang sekeliling dengan seribu satu persoalan.

Hari pertama persekolahan bukan sekadar satu tarikh dalam kalendar ia adalah satu peralihan emosi besar dalam hidup seorang kanak-kanak dan juga ibu bapa. Walaupun hari ini kita jarang mendengar kisah anak menangis teresak-esak atau berlari keluar dari kelas seperti dulu, hakikatnya kebimbangan masih wujud, cuma dalam bentuk yang lebih senyap.
Pasti ada anak yang diam membisu, ada yang tiba-tiba sakit perut, ada yang enggan makan dan ada juga yang menggengam tangan ibu atau bapa erat, tidak mahu berpisah. Semua ini adalah reaksi normal terhadap sesuatu yang asing, baharu dan tidak pasti.
Tapi, bagi sesetengah kanak-kanak, hari pertama ke sekolah berjalan lancar dan mereka tidak mengalami sebarang rasa takut kerana sudah biasa berada di persekitaran sekolah seperti di tajaka atau playschool sejak usia awal. Namun, ada juga yang mungkin memerlukan masa, sokongan dan persediaan emosi.

Apapun ibu bapa tidak perlu risau kerana setiap anak berbeza-beza. Usah bandingkan anak anda dengan anak jiran, sepupu atau rakan mereka. Tangisan atau ketakutan bukan tanda kelemahan, tetapi tanda anak sedang belajar mengurus emosi besar dalam dirinya.
Menurut kajian, kebimbangan sering berpunca daripada apa yang digelar anticipation anxiety atau rasa takut terhadap perkara yang belum dialami dan tidak diketahui. Di sinilah peranan ibu bapa menjadi sangat penting sebagai jangkar atau sokongan emosi.
FAHAMI EMOSI ANAK
Hari pertama ke sekolah boleh menjadi pengalaman besar bagi si anak. Sebagai ibu bapa, anda boleh membantu mereka bersedia secara emosi dan mental supaya lebih tenang dan yakin. Yang penting, elak membuat perbandingan dengan anak-anak lain.
Mulakan dengan pendedahan awal. Jika anak jarang berpisah dengan anda, biasakan mereka ditinggalkan sebentar bersama anggota keluarga atau di pusat jagaan secara berperingkat. Cara ini dikatakan dapat membantu mereka membina daya tahan dan kestabilan emosi sebelum hari pertama sekolah.
Pada masa yang sama anda boleh ceritakan tentang sekolah dengan cara positif. Gunakan bahasa mudah dan menyeronokkan atau bacakan buku cerita tentang hari pertama sekolah. Ini dapat membantu anak membina gambaran yang lebih baik dan rasa teruja untuk pergi ke sekolah.
Selain itu, mainkan peranan sebagai guru melalui permainan lakonan. Contohnya, ajar anak bagaimana memasuki kelas, mengangkat tangan dan cara beratur di kantin. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga mengajar kemahiran penting untuk kehidupan sebenar.

Untuk persiapan sebelum ke sekolah, salah satu cara untuk memastikan anak lebih bersedia adalah dengan melibatkan mereka dalam persiapan sekolah. Ajak mereka membeli kelengkapan sekolah bersama, seperti beg, botol air atau alat tulis pilihan mereka. Melalui cara ini, ia pasti akan menimbulkan rasa pemilikan dan keterujaan terhadap pengalaman baharu.
Selepas itu, duduk bersama anak untuk memasukkan alat tulis ke dalam beg. Selang beberapa hari sebelum sekolah bermula, aturkan jadual seharian anak dengan membiasakan waktu tidur dan bangun awal secara berperingkat. Pastinya, tubuh yang cukup rehat dapat membantu emosi anak menjadi lebih stabil dan bersedia menghadapi hari baharu.
Pada malam sebelum hari pertama sekolah nanti, lakarkan rutin yang mudah dan menyeronokkan. Elakkan suasana tergesa-gesa dan sediakan pakaian, beg serta kasut bersama-sama dan sambil itu santai berbual dengan mereka. Cara ini pasti dapat membantu membuat si cilik rasa lebih selesa, bersiap sedia dan gembira.

HARI PERTAMA SEKOLAH
Mulakan pagi hari dengan tenang dan siapkan sarapan ringkas yang berkhasiat dan elak tergesa-gesa. Berikan sokongan dan tampilkan wajah ceria walaupun anda mungkin rasa bimbang.
Bangun awal, elak tergesa-gesa dan pastikan untuk tetapkan waktu pada jam loceng. Kelewatan akan mencetuskan tekanan pada diri anda dan juga anak. Mulakan pagi dengan senyuman, mandi dengan tenang dan sarapan ringkas yang berkhasiat.
Elak rasa tertekan atau risau. Kadang kala anak dapat membaca emosi ibu bapa. Walau anda risau sekalipun, tampilkan wajah ceria. Keyakinan anda adalah keyakinan mereka juga. Semasa menghantar anak ke sekolah, lakukan rutin singkat seperti salam, peluk atau cium pipi, kemudian berpisah. Perpisahan yang terlalu lama boleh menyukarkan anak menyesuaikan diri.
Jika anak menangis, tunjukkan empati tetapi jangan menyerah kepada tangisan. Kekal tegas dengan penuh kasih sayang supaya anak belajar mengurus emosi tanpa perlu berdrama dengan taktik menangis.
BILA PULANG DARI SEKOLAH
Raikan hari mereka walaupun minggu pertama penuh cabaran dan dengar cerita mereka dengan empati tanpa menghakimi. Untuk anak yang pemalu, bantu mereka mencari kawan dan galakkan interaksi sosial agar lebih mudah menyesuaikan diri.
Rutin harian yang konsisten, termasuk waktu hantar, ambil, belajar, bermain dan tidur, memberi kestabilan emosi. Dengan perhatian yang diberi selain rasa empati anak pasti akan pulang dengan hati yang ceria gembira, rasa selamat, ghairah dan teruja untuk ke sekolah pada esok hari dan seterusnya.

Apabila anak pulang dengan emosi tertentu, dengarlah cerita mereka. Elakkan menghakimi atau menafikan perasaan yang diluahkan kerana di sinilah kepercayaan mula terbina. Anak yang rasa didengari akan lebih terbuka untuk berkongsi pada bila-bila masa.
Bagi anak yang pemalu, cuba memperkenalkan mereka dengan rakan lebih awal atau menggalakkan interaksi sosial yang pasti dapat mengurangkan tekanan mereka di sekolah dan membantu proses penyesuaian.

Tenyata, hari pertama sekolah bukan tentang anak sahaja. Ia juga tentang ibu bapa untuk belajar melepaskan selain mempercayai dan belajar memberi ruang. Dengan persediaan emosi, sokongan berterusan dan doa yang tidak pernah putus, hari pertama sekolah bukan lagi hari yang ditakuti, tetapi langkah pertama untuk menjadi lebih berani dan pastinya bijak untuk berdikari.
Dan suatu hari nanti, ibu bapa pasti akan tersenyum mengingat, dari tangan kecil yang menggenggam erat, kini mereka sudah bijak untuk melangkah sendiri dengan yakin.
Akhir sekali, jangan lupa untuk puji dan meraikan keberanian anak anda. Pujian atas usaha mereka untuk minggu pertama persekolahan adalah satu pengiktirafan besar dan akan menguatkan keyakinan diri mereka.

Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.