Apa itu Bondee? Ini yang perlu anda tahu tentang aplikasi sosial baru yang viral sekarang
Jika anda sering melungsuri laman media sosial, anda pasti akan terlihat avatar yang dihasilkan oleh teman-teman anda menerusi aplikasi Bondee.
SINGAPURA: Jika anda sering melungsuri laman media sosial, anda pasti akan terlihat avatar yang dihasilkan oleh teman-teman anda menerusi aplikasi Bondee.
Apakah itu Bondee? Ia merupakan sebuah aplikasi sosial yang berkonsepkan sebuah plaza maya di mana pengguna boleh berinteraksi dengan seramai 50 teman.
Aplikasi sosial itu dilancarkan awal tahun ini oleh firma teknologi berpangkalan di Singapura, Metadream.
Secara asasnya, aplikasi itu membolehkan pengguna untuk bersembang dan berinteraksi dengan teman-teman mereka dalam sekitaran 'metaverse', dan mereka juga dapat menghiasi avatar dan sekitaran masing-masing secara 3D.
Setakat ini, aplikasi itu sudah mengungguli carta kedai aplikasi di negara-negara Asia Tenggara dan Asia Utara.
Menurut satu kenyataan media, pasukan firma itu berpangkalan di Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat, dengan beberapa lagi akan dibangunkan di Thailand dan Filipina.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.