Anugerah pencipta kandungan Mediacorp The Pinwheels kembali bagi edisi ke-4
Berita baik bagi para pencipta kandungan di Singapura.
Penyertaan bagi The Pinwheels 2025 dibuka hingga 26 September 2025. (Gambar: iStock)
- Anugerah pencipta kandungan Mediacorp, The Pinwheels, kembali bagi edisi keempat.
- The Pinwheels 2025 akan menampilkan 10 kategori.
- Pemenang bagi kategori “Pencipta Baharu Terbaik” akan menerima kontrak selama setahun bersama Bloomr.SG, manakala pemenang kategori “Kandungan Terbaik” dan “Pencipta Kandungan Terbaik” masing-masing akan membawa pulang geran penerbitan bernilai S$5,000 dan S$10,000.
- Edisi The Pinwheels tahun lalu menyaksikan syarikat media tempatan OGS memenangi tiga kategori utama: Kandungan Terbaik, Video Bukan Fiksyen (Tanpa Skrip) Terbaik dan Pencipta Kandungan Terbaik.
SINGAPURA: Berita baik bagi para pencipta kandungan di Singapura.
Anugerah pencipta kandungan Mediacorp, The Pinwheels, kembali bagi edisi keempat.
Dianjurkan oleh rangkaian pencipta kandungan Mediacorp, Bloomr.SG, anugerah tersebut memberi tumpuan kepada bakat tempatan serta meraikan masyarakat pencipta kandungan Singapura.
The Pinwheels 2025 akan menampilkan 10 kategori:
- Video Kolaborasi Terbaik
- Video Drama (Berskrip) Terbaik
- Video Gaya Hidup Terbaik
- Pencipta Baharu Terbaik
- Video Bukan Fiksyen (Tanpa Skrip) Terbaik
- Video Paling Artistik
- Video Paling Inovatif
- Video Kebaikan Sosial Terbaik
- Kandungan Terbaik
- Pencipta Kandungan Terbaik
Kecuali kategori “Pencipta Kandungan Terbaik”, penyertaan bagi semua kategori dibuka mulai sekarang hingga 26 September.
The Pinwheels 2025 dibuka kepada para pencipta kandungan baharu mahupun berpengalaman di Facebook, Instagram, TikTok, Vimeo dan YouTube, serta pembuat filem profesional.
Untuk melayakkan diri, para peserta mesti berstatus rakyat Singapura atau Penduduk Tetap (PR), dengan penyertaan dihadkan kepada video yang dihasilkan di Singapura untuk pasaran tempatan dan dimuat naik antara 16 Mei 2024 hingga 15 Mei 2025.
Pemenang bagi kategori “Pencipta Baharu Terbaik” akan menerima kontrak selama setahun bersama Bloomr.SG, manakala pemenang kategori “Kandungan Terbaik” dan “Pencipta Kandungan Terbaik” masing-masing akan membawa pulang geran penerbitan bernilai S$5,000 dan S$10,000.
Senarai finalis akan diumumkan pada Oktober dan para pemenang akan diumumkan di majlis anugerah pada 21 November.
PEMENANG TAHUN LALU
Edisi The Pinwheels tahun lalu menyaksikan syarikat media tempatan OGS memenangi tiga kategori utama: Kandungan Terbaik, Video Bukan Fiksyen (Tanpa Skrip) Terbaik dan Pencipta Kandungan Terbaik.
Secara keseluruhan, OGS membawa pulang geran penerbitan bernilai S$15,000.
Maklumat lanjut berhubung The Pinwheels 2025 boleh didapati di laman rasmi anugerah tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.