Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Angkatan Pelukis Aneka Daya anjur pameran seni sempena ulang tahun ke-60; papar himpunan karya pelukis silang generasi

Angkatan Pelukis Aneka Daya (APAD) mempersembahkan sebuah pameran seni menampilkan karya-karya seni hasil tangan gabungan pelukis silang generasi sempena memperingati ulang tahun ke-60 tahun persatuan itu.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Angkatan Pelukis Aneka Daya (APAD) mempersembahkan sebuah pameran seni menampilkan karya-karya seni hasil tangan gabungan pelukis silang generasi sempena memperingati ulang tahun ke-60 tahun persatuan itu.

Pameran 'Bridging Through the Age' memaparkan himpunan karya seni hasil ciptaan oleh 18 pelukis yang bekerja secara berpasangan dalam usaha kolaboratif silang generasi.

Selain memaparkan kerjasama silang generasi antara setiap pasangan pelukis, pameran itu juga menyentuh tentang isu-isu peminggiran berhubung jurang usia.

Demikian menurut persatuan itu dalam satu kenyataan media pada Jumaat (14 Jan).

Setiap hasil karya adalah manifestasi pengalaman yang dikongsi antara pasangan pelukis berbeza generasi itu sambil mereka mempelajari serta mengasah teknik dan perbezaan satu sama lain.

Antara karya yang dipamerkan adalah pemasangan media campuran bertajuk 'Di mana dia anak kambing saya'. Ia dihasilkan bersama oleh veteran artis generasi ketiga Singapura, Abu Jalal Sarimon, dan Nafsiah Mohamad, lulusan daripada Akademi Seni Halus Nanyang (NAFA) dan juga anggota APAD.

Sebanyak sembilan hasil karya dalam pelbagai bentuk akan dipamerkan dari 13 Januari hingga 3 Februari 2022 di Maya Gallery di 57 Genting Lane.

Selain itu, dua sesi perbincangan meja bundar bersama para pelukis akan diadakan pada 16 Januari, dari pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang, dan 22 Januari, dari pukul 2.00 petang hingga 4.30 petang.

Pengunjung yang mahu menyelami lebih dalam karya-karya seni pameran tersebut boleh mengikuti satu lawatan kuratorial, yang akan dipimpin bersama oleh Nhawfal Juma'at dan Salleh Japar, pada 23 Januari, dari jam 3.00 petang hingga 4.30 petang.

Pameran 'Bridging Through the Age' diadakan sempena Minggu Seni Singapura 2022 yang berlangsung dari 14 hingga 23 Januari.

Berikut butiran penuh pameran tersebut:

Alamat: Maya Gallery, 57 Genting Lane, #05-00, Singapura 349564

Tarikh Pameran: 13 Jan - 3 Feb 2022

Waktu Operasi: 12.00 tengah hari - 6.00 petang (Ditutup pada setiap hari Isnin)

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan