Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Angkat berat lebih berkesan kurangkan lemak jantung dari senaman aerobik

Individu yang mengalami masalah berat badan berlebihan yang melakukan senaman angkat berat lebih berkemungkinan dapat mengurangkan sejenis lemak di bahagian jantung yang dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular, menurut satu kajian baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Angkat berat lebih berkesan kurangkan lemak jantung dari senaman aerobik

(Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 06 Jul 2019 12:19PM Dikemas Kini : 06 Jul 2019 12:25PM

AMERIKA SYARIKAT: Individu yang mengalami masalah berat badan berlebihan yang melakukan senaman angkat berat lebih berkemungkinan dapat mengurangkan sejenis lemak di bahagian jantung yang dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular, menurut satu kajian baru.

Dalam kajian berskala kecil itu, para penyelidik berhasil mengenal pasti sejenis lemak jantung, tisu pericardial adipose berkurangan dalam kalangan pesakit yang melakukan senaman angkat berat, namun tidak begitu bagi mereka yang cuba menambah ketahanan melalui senaman aerobik.

Kajian itu yang diterbitkan dalam JAMA Cardiology, mendapati kedua-dua jenis senaman boleh membawa kepada pengurangan satu lagi jenis lemak, tisu epicardial adipose, yang juga dikaitkan dengan penyakit jantung.

"Kami terkejut dengan penemuan ini," menurut pengarang utama bagi kajian tersebut, Dr Regitse Hojgaard Christensen, seorang penyelidik di Pusat Keradangan dan Metabolisme dan Pusat Penyelidikan Kegiatan Fizikal di Hospital Universiti Copenhagen.

Untuk mengkaji kesan pelbagai jenis senaman terhadap lemak jantung, Dr Christensen dan rakan-rakan sekerjanya merekrut 32 orang dewasa yang mengalami masalah berat badan berlebihan dan kurang aktif namun masih belum menghidap penyakit jantung, kencing manis, atau fibrilasi atrium.

Meskipun terdapat banyak kajian yang menyelidik kesan senaman ke atas obesiti bahagian perut, kajian baru ini menarik kerana ia meneliti secara khusus kaitan antara senaman dan lemak (sekitar jantung," kata Dr Chadi Alraeis, pakar kardiologi dari Hospital Jantung Pusat Perubatan Detroit.

Berdasarkan kajian terbaru itu, Dr Alraeis berpendapat bahawa cara terbaik untuk memerangi lemak jantung adalah dengan melakukan kedua-dua latihan ketahanan dan angkat berat.

Beliau menambah, meskipun dapatan kajian tersebut menarik, kajian jangka panjang juga perlu dijalankan.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan