Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Anda sibuk, tidak sempat buat kuih raya? Pilihan luas ditawarkan online

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Tidak perlu susah payah ke bazar untuk mencari kuih-muih, kek dan kerepek menjelang Lebaran. Bagi yang sibuk dan tidak mempunyai masa untuk membuat kuih, beli sahaja secara online.

Jangan pula ditunggu sampai saat akhir atau malam raya baru nak cari kuih!

Jika sudah mempunyai senarai kuih-muih dan kek yang ingin dihidangkan buat tetamu yang bakal berkunjung, ini memang masa yang tepat untuk membuat pesanan sekarang.

Manakan tidak, setelah dua tahun tidak dapat berkumpul untuk meraikan lebaran, tahun ini pasti ramai yang ghairah membuat persiapan bagi Hari Raya yang bakal menjelang.

Terdapat pelbagai laman yang menawarkan bingkisan raya seperti biskut dan beraneka kek. Tidak perlu keluar rumah. Hanya dengan satu ‘klik’ menggunakan telefon bimbit atau komputer riba, 'beres' sudah hal-hal berkaitan kuih Raya anda.

'KLIK' DAN TEMPAH

Berikut kami senaraikan sembilan jenama setempat yang menawarkan pelbagai biskut dan kek.

Ada yang beroperasi dari kedai dan ada juga merupakan peniaga dari rumah atau HBB. Apa pun, setiap kuih yang ditawarkan mempunyai keunikan yang tersendiri dan terpulanglah kepada citarasa masing-masing.

Wonderment
The Wonderment Collective SG (Gambar: @thewondermentcollectivesg)

Ini sebuah kafe klasik dan kontemporari. Jenama yang tidak asing lagi dengan aneka kek dan pastri yang enak. Menunya memang padat dengan kepelbagaian pencuci mulut dan juga sandwic.

Sempena Syawal ini, ia turut menawarkan pelbagai biskut raya premium yang pasti membuat anda terliur.

Antaranya, Cranberry Pistachio Sables, Chocolate Chip Oatmeal, Almond Sugee Melts dan Handcrafted Pineapple Tarts.

Setiap tempahan biskut dibungkus dalam tin dengan rekaan yang cantik, sesuai untuk diletakkan langsung di atas meja.

Harganya bermula dari $18 untuk satu tin kecil. Layari IG @thewondermentcollectivesg

Cik Fah (Gambar: kuihraya.sg)
Cik Fah (Gambar: kuihraya.sg)

Di laman ini anda boleh menikmati diskaun sehingga 30 peratus jika tempahan dibuat sebelum 15 April.

Terdapat pelbagai pilihan kuih-muih yang dihasilkan dari resipi asli turun-temurun empat generasi!

Terdapat pelbagai pilihan, dari kuih tat, makmur, dahlia, Nestum, latte Casablanca, Nutty Salted Caramel, Chewy Nougat dan bermacam-macam lagi.

Kuih makmurnya mempunyai tekstur luaran yang rapuh dengan inti kekacang yang membuatnya rasa lemak!

Penggemar kek juga tidak akan hampa dengan pilihan kek seperti lapis prune, pelangi, pandan dan banyak lagi.

Harga sebotol kuih bermula dari $14.90 dan kek $48.90. Layari IG [at] cikfahs.sg atau lelaman kuihraya.sg

Wondertales Patisserie (Gambar: @wondertalessg)
Wondertales Patisserie (Gambar: @wondertalessg)

Ini sebuah lagi kafe yang menawarkan pelbagai pencuci mulut. Antaranya, aneka pastri seperti almond croissant, muffin, meringue, tart coklat dan bermacam lagi. Pelanggan juga boleh membuat tempahan pelbagai biskut raya.

Dari kuih tat, biskut Classic Shortbread, tapak kuda dan banyak lagi. Harga biskut bermula dari $16.50. Layari IG @wondertalessg


Dailycrumbs_sg (Gambar: @dailycrumbs_sg)
Dailycrumbs_sg (Gambar: @dailycrumbs_sg)

Menawarkan biskut premium onde-onde, Nutella tart selain tat nanas dan D’Chocolate Chip. Bergantung pada pilihan, anda boleh dapatkan biskut-biskut ini dalam jumlah 30 atau 50 keping setiap botol.

Harganya bermula dari $18 sebotol. Selain biskut, anda juga boleh membuat tempahan tat keju gebu yang digelar Creamy Cheese tart dan Cinnamon Buns. Layari IG @dailycrumbs_sg

Happy Halal Cookies (Gambar: @happyhalalcookies)
Happy Halal Cookies (Gambar: @happyhalalcookies)

Happy Halal Cookies menawarkan aneka pilihan kuih raya dengan harga yang sangat berpatutan. Setiap kuih menggunakan bahan segar dan premium.

Apabila berada di laman ini anda mungkin bingung untuk membuat pilihan. Kuih tat Nutella dan tart pandan antara kuih yang laris dijual.

Bagi yang teringin untuk menikmati kuih tradisional seperti kuih makmur, suji dan kuih dahlia anda boleh dapatkan dari laman ini.

Selain manisan, terdapat juga popiah udang pedas dan kerepek kulit ikan telur asin.

Harga sebotol kuih bermula dari $13.90. Ia juga menawarkan promosi Hari Raya, dengan harga set lima jenis kuih bermula dari $66.03. Layari IG @happyhalalcookies

BVKED.CO (Gambar: @bvked.co)
BVKED.CO (Gambar: @bvked.co)

Di laman ini anda boleh membuat pesanan hamper kuih-muih raya yang boleh diberikan sebagai hadiah.

Setiap hamper merangkumi tiga botol biskut seperti Sea Salt Chocolate Chip, Cereal Milk Chocolate Chip dan kuih makmur.

Selain itu kedai ini turut menawakan pelbagai jenis biskut coklat cip seperti cinnamon chocolate chip, orange chocolate chip dan lain-lain. Penghantaran percuma apabila berbelanja lebih $115. Layari IG @bvked.co

Treats by Khairunnisa Chow (Gambar: @treatsbykhair)
Treats by Khairunnisa Chow (Gambar: @treatsbykhair)

Promosi sepanjang tahun! Jenama ini menawarkan kombinasi tiga jenis biskut dengan harga $55!

Pilih daripada pelbagai perisa seperti red velvet, choco chip, cookie monster dan lain-lain.
Sempena lebaran setiap pilihan biskut yang ditempah tampil di dalam botol yang tutupnya bercorak batik.

Harga setiap botol kuih bermula dari $19. Layari IG @treatsbykhair

AxS Bakes (Gambar: @axs_bakes)
AxS Bakes (Gambar: @axs_bakes)

Peniagaan HBB, jenama ini menawarkan aneka biskut seperti cardburry tarts, jejari badam, biskut London Almond, tat nanas, kek tapak kuda dan bermacam lagi. Setiap botol kuih harganya $20. Terdapat promosi set 4 hingga 10 jenis kuih dengan harga bermula dari $76 setiap set. Layari IG @axs_bakes

Rashidah’s Kitchen (Gambar: www.rashidahskitchen.com)
Rashidah’s Kitchen (Gambar: www.rashidahskitchen.com)

Jenama ini menawarkan bermacam jenis kek lapis seperti lapis original, Nutella, cempedak, prune, red velvet, kek kukus dan aneka kuih muih. Antaranya biskut lidah kucing, kuih kapit, tat oreo Nutella, Chocolate Lava dan banyak lagi.

Harga kuih berbaloi bermula dari $10 untuk sebotol Florentine. Layari IG @rashidahs_kitchen atau www.rashidahskitchen.com

Tunggu apa lagi? Jika belum membuat tempahan kuih menjelang Hari Raya ini, anda masih belum terlambat…! Inilah masanya.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan