Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Anda sanggup bayar S$500 untuk tidur baring dalam pesawat selama 4 jam?

Anggaran Waktu Membaca:
Anda sanggup bayar S$500 untuk tidur baring dalam pesawat selama 4 jam?

(Gambar: Air New Zealand)

Diterbitkan : 10 May 2023 10:59PM Dikemas Kini : 10 May 2023 11:00PM
NEW ZEALAND: Jika anda antara mereka yang sukar tidur dalam pesawat dalam keadaan duduk, mungkin ini berita baik bagi anda.

Mulai tahun depan, anda boleh tidur dalam keadaan berbaring di udara - pada harga AS$100 (S$133) sejam.

Air New Zealand pada Rabu (10 Mei) mendedahkan lebih banyak butiran mengenai 'Skynest', yang disifatkan sebagai "pod tidur pertama di dunia bagi penumpang kelas Ekonomi".

Syarikat penerbangan tersebut menyatakan pihaknya masih belum menetapkan harga tetapi ia mungkin akan diletakkan antara NZ$400 (S$337) dengan NZ$600 (S$505) bagi tempoh empat jam.

Ia akan dilancarkan pada September 2024, bermula dengan dua penerbangan jarak jauh, iaitu Auckland-New York dan Auckland-Chicago.

'Skynest' terdiri daripada enam pod dalam bentuk dua tingkat, dan ditempatkan antara ekonomi premium dengan ekonomi.

Setiap pod juga dilengkapi dengan bantal saiz penuh, cadar dan selimut, penyumbat telinga, lampu untuk membaca, tempat untuk mencucuk USB, saluran udara dan "hiasan lampu yang direka bentuk untuk berehat".

Demi keselamatan penumpang, pod-pod itu juga akan dipasang dengan tali keledar setiap satu bagi memastikan penumpang boleh terus berada di dalam pod sekiranya tanda tali keledar dinyalakan semasa putaran angin.

Cadar juga akan digantikan selepas setiap sesi, dengan masa peralihan 30 minit.

Di akhir setiap sesi empat jam, lampu akan dihidupkan semula, dengan anak kapal ditugaskan untuk mengejutkan mana-mana penumpang yang masih tidur.

"Kami masih cuba mengusahakan butiran khusus tentang bagaimana proses tempahan itu boleh dijalankan," menurut Air New Zeland.

"Amerika Utara adalah pasaran tepat bagi Skynest kerana ia mempunyai segmen premium yang memberi nilai tinggi kepada keselesaan dan tidur semasa perjalanan jarak jauh," jelas syarikat itu.

Syarikat penerbangan itu bagaimanapun tidak memberikan butiran mengenai bila dan laluan lain yang bakal dilengkapi dengan pod tidur sedemikian.
Sumber : CNA/IM/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan