Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Anda pelihara batu karang? Lelaki ini hampir terbunuh keluarganya semasa cuci tangki ikan

Ini mungkin satu peringatan penting kepada anda yang memelihara ikan dan batu karang hdup dalam tangki.

Anggaran Waktu Membaca:
Anda pelihara batu karang? Lelaki ini hampir terbunuh keluarganya semasa cuci tangki ikan

Gambar hiasan ikan dan batu karang. (Gambar: Facebook / Diving with Maria in Egypt)

Diterbitkan : 10 Apr 2018 04:27PM Dikemas Kini : 21 Apr 2018 12:18AM

BRITAIN: Ini mungkin satu peringatan penting kepada anda yang memelihara ikan dan batu karang hidup dalam tangki.

Chris Matthews, 27 tahun, sedang membersihkan tangki ikannya di rumahnya di Oxfordshire bulan lalu, apabila beliau mengangkat batu karang jenis 'Pulsing Xenia' dan mula memberusnya, lapor The Evening Times yang ditukil The New York Post.

Dengan menggerakkan batu karang tersebut, ia mengeluarkan bahan berbahaya palytoxin ke udara. Selepas selesai, Encik Matthews tutup pintu dan langsung tidur, menurut laporan tersebut.

Pada keesokan harinya, Encik Matthews, teman wanitanya, ibu bapa, kakak serta teman lelaki kakaknya kesemuanya jatuh sakit mengalami simptom-simptom selesema, kata Encik Matthews.

"Ia lebih teruk daripada selesema, kita tidak boleh memberikan tumpuan kepada apa-apa," kata beliau kepada agensi berita itu.

"Apabila kami perasan kedua-dua anjing kami juga mengalami simptom yang sama, kami tahu sesuatu yang tidak kena," kata beliau lagi.

Beliau meminta bantuan, yang mencetuskan respons kecemasan besar-besaran, termasuk ambulans, bomba dan polis, menurut laporan tersebut.

Empat ahli bomba jatuh sakit semasa kerahan tersebut. Mereka dimasukkan ke hospital bersama Encik Matthews dan yang lain lagi.

Proses peralihan udara dilaksanakan ke atas rumah mereka sementara pakar kimia dan pegawai kesihatan awam bekerja untuk membuang batu karang yang lain.

Encik Matthews, yang sudah memelihara ikan tropika selama 12 tahun, mendedahkan kepada The Evening Times bahawa beliau tidak tahu bahawa perbuatannya itu mengakibatkan pengeluaran bahan racun.

Pakar-pakar menganggap bahan "botulinum toxin", sejenis protein yang dihasilkan oleh bakteria Clostridium botulinum - yang digunakan untuk membuat Botox - sebagai antara toksin paling berbahaya di dunia.  

Sumber : Agensi berita/FA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan