Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Anda mahu roti jala 'cantik'? Ini caranya...

Roti jala adalah antara hidangan pagi dan petang yang digemari ramai.

Anggaran Waktu Membaca:
Anda mahu roti jala 'cantik'? Ini caranya...

Roti jala 'cantik' yang dibuat oleh pengguna Facebook, Huda Ayob. (Gambar: Huda Ayob/Facebook)

Diterbitkan : 09 Sep 2021 08:45PM Dikemas Kini : 09 Sep 2021 08:50PM

VANILLA KISMIS: Roti jala adalah antara hidangan pagi dan petang yang digemari ramai.

Sekarang sudah ada pula roti jala 'jelita' dengan pelbagai warna.

Namun, sebelum mencuba, anda perlu mengetahui asas membuat roti jala yang cantik iaitu cara membancuh atau mengadun tepungnya.

Bagi yang sudah biasa membuat roti jala, mungkin anda tahu sukatan atau bancuhan tepung yang sesuai, tetapi bagi mereka yang baru mencuba, anda boleh mengikuti tip mudah yang dikongsi oleh pengguna Facebook, Huda Ayob.

Kata beliau, untuk memastikan adunan roti jala cukup pekat untuk ‘dijalakan’ dan hasilnya menjadi, anda boleh memerhatikan lubang lusaran sewaktu mengisar bancuhan.

"Saya cuba kongsi ilmu mudah bagi membuat roti jala. Bagi pembuat roti jala amatur seperti saya, setiap kali nak tahu adunan tepung sudah cukup pekat untuk dijalakan, cuma tengok lubang pusaran.

"Pastikan lubang pusaran sebesar jari kelingking - kalau besar lubang pusaran, tambah tepung sedikit sampai lubang sebesar jari kelingking.

"Lubang pusaran sebesar jari kelingking ini tanda bancuhan dah sempurna dan cukup pekat untuk dijalakan. Jika lubang pusaran kecil daripada jari kelingking, tambah air sikit. Insya Allah hasil menjala elok menjadi," tulis beliau.

Berikut resipi yang digunakan Huda untuk membuat 25 biji roti jala:

Bahan-bahan

  • 1 biji telur
  • 2-3 sudu besar santan/susu segar
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cubit pewarna kuning/kunyit
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • Air secukupnya

Cara membuatnya:

  1. Masukkan semua bahan dalam blender.
  2. Kemudian masukkan air sampai tenggelam tepung (dalam 2 cawan air/ikut cawan sukatan tepung)
  3. Kacau untuk sebatikan guna sudip panjang.
  4. Kemudian boleh kisar. Waktu inilah harus perhatikan lubang pusaran.
  5. Setelah mendapat bancuhan yang sesuai, masukkan dalam botol 5 corong untuk dapatkan hasil jala yang halus.

Selamat mencuba.

Sumber : Agensi berita/SM/sm

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa