Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Anda kurang, terlebih atau cukup tidur?

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Berapa jam anda tidur semalaman?

Berapa jam pula sebenarnya diperlukan untuk mendapat tidur yang mencukupi?

Tidur itu satu nikmat, namun bukan setiap masa individu dapat merehatkan mata, minda dan tubuh selama tempoh yang benar-benar memadai kerana perlu mengejar tuntutan kerja serta memenuhi tanggungjawab seharian.

Menerusi satu perkongsian oleh pakar kesihatan di Malaysia, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, beliau berkata tidur merupakan satu fasa penting yang mana badan sedang menjalani proses pemulihan untuk memastikan tubuh sentiasa berfungsi pada tahap optimum.

"Namun apabila tidur tidak mencukupi, ia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi termasuk meningkatkan risiko serangan jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis dan kenaikan berat badan," katanya seperti ditukil portal mStar.

Simptom-simptom jelas individu yang tidak cukup tidur, tambah Dr Syid, adalah beliau akan mula berasa pening, tidak boleh memberi tumpuan dengan baik dan tiada tenaga.

Antara tip untuk memudahkan diri anda jatuh lena, kongsi Dr Syid, adalah bersenam pada waktu pagi.

"Ini akan membantu mengawal hormon yang akan sebabkan mudah tidur juga," terangnya.

Jadi adakah anda cukup tidur?

TIDUR KURANG 6 JAM:

Meningkatkan risiko serangan sakit jantung sebanyak 20 peratus.

TIDUR LEBIH 8 JAM:

Meningkatkan risiko serangan sakit jantung sebanyak 34 peratus.

TIDUR YANG CUKUP:

Tidur yang cukup adalah antara tujuh hingga lapan jam. Ia dapat mengurangkan peratusan serangan sakit jantung.
Sumber : Sumber Web/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan