Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Anda gemar makan sate? Kini ada piza sate ayam dijual di Pizza Hut S'pura

Bagi penggemar sate dan juga pizza ini satu berita baik bagi anda.

Anggaran Waktu Membaca:
Anda gemar makan sate? Kini ada piza sate ayam dijual di Pizza Hut S'pura

(Gambar: Pizza Hut Singapore)

Diterbitkan : 01 Apr 2022 03:05PM Dikemas Kini : 01 Apr 2022 03:07PM

SINGAPURA: Bagi penggemar sate dan juga pizza ini satu berita baik bagi anda.

Pizza Hut Singapura melancarkan perisa piza terbarunya iaitu piza sate ayam, yang boleh didapatkan mulai Jumaat (1 Apr).

Piza ini sarat dengan keju dan ketulan ayam yang diperap bersama dengan ketupat, timun dan hirisan bawang, kesemuanya dihidangkan bersama sos kacang khas Pizza Hut.

Anda boleh menikmati sajian piza itu secara keseluruhannya atau dimakan bersama tawaran baru dalam menu Pizza Hut seperti ayam bakar bersama ketupat (S$19.90 a la carte), pasta kari ayam (S$13.50 a la carte), nasi bakar sate ayam (S$15.90 a la carte), ayam goreng cili manis (S$8.90 bagi lapan keping) dan kentang hashbrown cili manis (S$4.50 bagi enam keping).

Sebagai pencuci mulut, anda boleh cuba donut Gula Melaka bersama aiskrim yang dijual pada harga S$7.90 a la carte.

Selain itu, Pizza Hut Singapura juga menawarkan set bundle 'Satay Feast Box' jika anda merancang menjemput tetamu ke rumah untuk berbuka puasa bersama.

Setiap set mengandungi piza sate ayam bersaiz biasa, satu piza bersaiz biasa pilihan anda dan dua hidangan sampingan pilihan anda. Kesemuanya boleh didapatkan pada harga S$44.90.

Ia sesuai untuk menjamu lima hingga enam orang.

Anda juga boleh mendapatkan diskaun 50 peratus bagi setiap pembelian piza sate ayam untuk dibawa pulang dan pembelian penghantaran dua piza sate ayam.

Selamat menjamu selera!

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan