Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Anda dapat turunkan berat badan jika tidur sejam lebih

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Untuk menangani masalah berat badan, seseorang itu harus beri tumpuan kepada pemakanan dan senaman, namun, ternyata, tidur juga mampu memberikan hasil yang diinginkan. 

Satu kajian baru mendedahkan, dengan menambah waktu tidur selama satu jam setiap malam, ia boleh membantu menyingkirkan 270 kalori setiap hari, bersamaan tiga biskut coklat.

Ini bermakna, selama tiga tahun berat badan anda boleh menurun sebanyak kira-kira 11 kilogram, lapor Astro AWANI. 

Para saintis daripada Universiti Chicago memulakan penyelidikan untuk mengenal pasti kaitan antara tidur dan pengambilan kalori dalam kalangan 80 individu berusia antara 21 hingga 40 tahun yang mempunyai berat badan berlebihan.

Para peserta kajian tersebut menerima beberapa petua berguna tentang cara-cara mendapat tidur yang lena setiap malam.

Ia termasuk mematikan lampu dan tidak melihat telefon bimbit atau komputer riba sekurang-kurangnya 30 minit sebelum tidur, seperti dinukil Astro AWANI daripada jurnal JAMA Internal Medicine. 

Mengulas hasil kajian, penyelidik Esra Tasali berkata, jika tabiat tidur yang sihat dikekalkan untuk tempoh lebih lama, berat badan anda akan merosot dengan ketara.

Tambahnya, kajian itu sengaja mengelak dari mengenakan pemakanan yang ketat atau menetapkan gaya hidup tertentu ke atas peserta kerana para saintis "hanya mahu mengubah faktor tidur" dan peserta "boleh makan apa sahaja yang mereka mahu".

"Kami hanya melatih setiap individu tentang penjagaan waktu tidur yang baik, dan memberikan nasihat yang disesuaikan dengan perubahan yang boleh mereka lakukan untuk meningkatkan mutu tidur mereka," katanya.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan