Anak terbeli 70,000 lolipop online; ibu hampir pengsan bila tahu kosnya AS$4,000
Anggaran Waktu Membaca:

HOLLY LaFayers menerima 70,000 lolipop di rumahnya. (Gambar: Holly LaFavers /Facebook)
LEXINGTON: Seorang wanita di wilayah Kentucky, Amerika Syarikat terkejut apabila melihat timbunan kotak mengandungi 70,000 gula-gula lolipop di depan pintu rumahnya, lapor portal berita NBC news pada Rabu (7 Mei).
Hantaran mengejut itu rupa-rupanya ditempah oleh anak lelakinya yang masih kecil semasa bermain dengan telefon bimbit wanita berkenaan.
Holly LaFavers berkata, beliau cuba menghentikan pesanan Amazon yang dibuat oleh anaknya Liam, 8 tahun, untuk kira-kira 70,000 lolipop Dum-Dum sebelum ia tiba, namun sudah terlambat.
Amazon sudahpun mengirimkan 22 kotak itu ke rumahnya.
“Dia memberitahu saya bahawa dia mahu mengadakan karnival. Jadi, dia memesan Dum-Dums (lolipop) sebagai hadiah untuk karnivalnya.
Apa yang lagi mengejutkan baginya, pesanan itu bernilai sekitar AS$4,000 (S$5,190).
Beliau kemudian mendapati bahawa terdapat lapan lagi kotak yang tidak dihantar. Setelah melawat pejabat pos, kotak-kotak itu dipulangkan.
Namun, beliau berjaya mendapatkan wang kembali walaupun ia mengambil sedikit masa.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.