Anak lelaki Aaron Aziz lancar 'Gangsa', jenama fesyen baharu untuk Gen Z
Anggaran Waktu Membaca:
Danish Anaqi Aaron bersama ayahnya, Aaron Aziz memakai pakaian Gangsa. (Gambar: Instagram/ [at] gangsa.co, CNA/Izza Haziqah)
SINGAPURA: Walaupun bazar Ramadan terkenal dengan pelbagai makanan dan minuman yang ditawarkan, ia juga merupakan ruang di mana para usahawan dan pereka fesyen mempamerkan reka bentuk terbaharu mereka.
Antaranya ialah jenama baharu Gangsa. Gabungan perkataan Melayu “gaya” dan “bangsa”, Gangsa diasaskan oleh Danish Anaqi Aaron, anak kepada pasangan pelakon Singapura Aaron Aziz yang berpangkalan di Malaysia, dan usahawan Diyana Halik, yang menjalankan perniagaan pakaian menjual abaya dan tudung.
Dengan bapa dalam bidang filem dan ibu dalam bidang fesyen, lelaki berusia 20 tahun itu membesar dengan kedua-dua dunia seni itu. Kini, dia mencipta nama dengan jenamanya tersendiri.
CNA Lifestyle baru-baru ini menemui usahawan fesyen itu di gerainya.

Danish memberitahu CNA Lifestyle bahawa idea untuk perniagaan itu terbentuk pada tahun 2020 ketika dia belajar di sekolah antarabangsa di Nagano, Jepun, sebagai salah seorang daripada segelintir warga Singapura dalam badan pelajar
Apabila rakan sekelasnya bertanya tentang latar belakangnya, terutamanya bahasa yang dituturkannya, dia akan menyebut Bahasa Melayu. Itu sering mencetuskan rasa ingin tahu, terutamanya dalam kalangan mereka yang tidak biasa dengan budaya orang Melayu.
"Apabila rakan sekelas saya bertanya tentang budaya Melayu, saya akan menjadi ghairah bercakap mengenainya, kemudian saya sedar saya ingin mengetahui lebih lanjut mengenainya juga," kata Danish.
Seorang peminat fesyen, dia juga melihat pakaian sebagai cara untuk mengekspresikan dan meraikan identiti. Dia kemudian mencari cara untuk menggabungkan kedua-dua minatnya - iaitu budaya dan fesyen.
"Budaya boleh dipaparkan dalam pelbagai cara - melalui bahasa, muzik - tetapi fesyen adalah salah satu cara yang paling visual dan orang ramai boleh mengalaminya," katanya lagi.
FESYEN MELAYU-ISLAM TRADISIONAL UNTUK GEN Z
Sebagai usahawan fesyen Gen Z, Danish amat sedia maklum bagaimana pakaian tradisional telah dimodenkan untuk menepati cita rasa kontemporari. Apabila bercakap tentang fesyen Melayu, terutamanya untuk Hari Raya, pilihannya sangat luas - daripada potongan anggun, moden kepada tafsiran semula gaya klasik.

Daripada mencipta semula tradisi, Danish mahu mengekalkannya.
Melalui Gangsa, Danish berharap dapat mengekalkan malah menghidupkan semula elemen tradisional dalam fesyen Melayu, memastikan ia kekal relevan dan dihargai generasi muda.
Visi ini terpapar dalam koleksi sulung Gangsa, Mukaddimah, yang mengekalkan bentuk klasik pakaian tradisional Melayu seperti baju kurung dan baju Melayu.
Visi ini dicerminkan dalam koleksi sulung Gangsa, Mukaddimah (Bahasa Melayu dan Arab untuk "pengenalan"), yang memberi penghormatan kepada siluet klasik pakaian tradisional Melayu seperti baju kurung dan baju Melayu.
Danish berkata dia "mencurahkan seluruh raga ke dalam koleksi ini". Dia bekerja rapat dengan seorang tukang jahit untuk menghasilkan reka bentuknya dan memilih fabrik dan corak dengan teliti bersama ibunya untuk dipadankan dengan estetika klasik.
“Bagi Mukaddimah, saya mendapat sebahagian besar inspirasi daripada filem Melayu klasik 1950-an dan 1960-an, terutamanya filem P Ramlee,” kongsi Danish.
Satu adegan yang menarik perhatiannya ialah daripada filem Madu Tiga, di mana Latifah (lakonan Zaharah Agus) memasang butang suaminya Jamil (lakonan P Ramlee).

"Saya akan memerhatikan pakaian mereka dengan teliti, sambil mengambil nota," katanya.
Penyelidikannya mengenai reka bentuk melangkaui rujukan filem - Danish menghabiskan siang dan malam meneliti arkib dan katalog, termasuk daripada Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), untuk mendalami pemahamannya tentang pakaian tradisional Melayu.
“Banyak baju kurung direka sedemikian rupa supaya ia longgar, mudah dipakai, sederhana dan diperbuat daripada fabrik ringan,” jelasnya. “Saya mahu Gangsa menyediakan pilihan baju kurung sebegitu, untuk lelaki dan wanita.
Dia menambah: "Gangsa lebih daripada sekadar jenama fesyen - ia adalah sebahagian daripada gerakan budaya."
"Saya melihatnya sebagai cara untuk kembali kepada penampilan klasik, abadi dan untuk meraikan serta memartabatkan tradisi," katanya. "Pada masa yang sama, saya ingin menunjukkan bahawa reka bentuk ini masih boleh menjadi relevan untuk generasi saya dan seterusnya."
MEMULAKAN PERNIAGAAN DENGAN SOKONGAN KELUARGA
Dengan ibu bapa yang sentiasa menyokongnya, seseorang mungkin menganggap Danish mempunyai jalan mudah untuk melancarkan Gangsa.
"Ibu bapa saya menyokong saya melalui banyak cara - saya tidak akan menafikannya, dan saya sangat berterima kasih kepada mereka," kata Danish. "Sokongan mereka membolehkan saya meneruskan minat ini."
"Ibu bapa saya memang menyokong saya dalam banyak cara - saya tidak akan menafikan itu, dan saya sangat berterima kasih atas sokongan mereka," kata Danish. "Sokongan mereka membolehkan saya mengejar minat ini."

Sekalipun mereka menggalakkannya, mereka tetap memantau perkembangannnya.
"Saya terpaksa menyusun dek persembahan dengan lengkap - nombor, idea, papan mood, gambar, segala-galanya," katanya. "Rasanya seperti saya menyertai peraduan Shark Tank, mereka memerhatikan saya dengan terperinci... dan saya perlu membentangkan idea saya kepada ibu bapa saya sendiri!"
Selepas beberapa pusingan perbincangan dan memastikan dia mempunyai kenalan dan sumber yang betul, Danish akhirnya mendapat restu ibu bapanya - dan Gangsa menjadi kenyataan.
Adik-adik perempuannya, Dahlia Arissa Aaron, 15, dan Dwi Ariana Aaron, 19, juga memainkan peranan penting pada peringkat awal jenama itu. Dahlia, masih di sekolah menengah, memodelkan pakaian dan membantu pemasaran, manakala Dwi, yang kini belajar di Britain, menguruskan media sosial Gangsa dari jauh.
Memandang ke hadapan, Danish berharap Mukaddimah akan menjadi batu loncatan untuknya melangkah lebih jauh lagi.
"Jika koleksi ini berjaya, saya ingin mengembangkan Gangsa menjangkaui pakaian Hari Raya dan menghasilkan lebih banyak pakaian tradisional untuk orang Melayu dan mereka yang berminat dengan budaya kami," kongsi Danish.
"Saya kini sedang mengkaji pakaian kerja tradisional untuk lelaki dan wanita - saya berharap untuk mengembangkannya."
Gangsa terletak di gerai R8 di Baghdad Street di Bazar Ramadan Kampong Glam. Ia dibuka setiap hari dari pukul 2.00 petang hingga 11.00 malam sehingga 25 Mac.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.