Skip to main content

Gaya Hidup

Anak anda batuk dan selesema? Ini 6 tip atasi masalah kahak anak anda

Apabila anak-anak kecil mengalami masalah batuk dan selesema, pasti ibu bapa juga menjadi bimbang dan tidak tenteram.

Anggaran Waktu Membaca:
Anak anda batuk dan selesema? Ini 6 tip atasi masalah kahak anak anda

Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun menanti giliran untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 di Montreal, Quebec pada 24 November 2021. (Gambar: ANDREJ IVANOV/AFP)

KUALA LUMPUR: Apabila anak-anak kecil mengalami masalah batuk dan selesema, pasti ibu bapa juga menjadi bimbang dan tidak tenteram.

Apatah lagi apabila mereka sendiri menunjukkan tanda-tanda tidak selesa dan sering merengek, ibu bapa juga menjadi tidak keruan.

Jadi apakah antara petua untuk menghilangkan kahak bayi?

Berkongsi dengan mStar, doktor perubatan di Malaysia, Dr Mazliana Mazlan berkata perkara utama adalah untuk mengelak makanan jenis 'ultra proses' kerana ia sebenarnya menggalak kahak.

Apa itu makanan 'ultra proses'?

Menurut mStar, ia sebenarnya adalah makanan yang sudah diproses dan ditambah dengan gula, garam, lemak, perasa dan sebagainya.

Ini termasuk makanan seperti aiskrim, nuget, mi segera, minuman ringan, kicap dan bijiran berperasa.

Namun begitu, kata Dr Mazliana, makanan juga mencairkan kahak.

Ini termasuk singgang ikan dan sup ayam.

Dalam petikan laporan mStar ini, inilah 6 jenis makanan yang boleh membantu mengurangkan masalah kahak kanak-kanak.

1. Ikan

Kandungan Omega 3 dalam ikan boleh mengurangkan keradangan dalam badan kanak-kanak.

2. Bawang

Allium dalam bawang bertindak sebagai antikeradangan untuk mengurangkan penghasilan kahak.

3. Makanan tinggi fiber (serat)

Buah-buahan dan sayuran seperti sayur hijau, nanas dan pir tinggi dengan fiber untuk membantu mencairkan kahak.

4. Kalsium

Dalam sayur lada benggala, terdapat capsaicin iaitu unsur kimia yang membantu mengurangkan kahak.

5. Air

Ia wajib menjadi 'kawan baik' anak apabila mengalami batuk kerana air yang cukup akan membantu memecahkan dan mencairkan kahak.

6. Sup

Makanan bersup dengan ramuan tinggi nutrisi boleh mengurangkan masalah kahak. Ia makanan utama yang perlu dihidangkan apabila anak-anak tidak sihat.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita