Skip to main content

Gaya Hidup

Amazon SG anjur acara beli-belah tahunan Prime Day pada 8-14 Julai

Jangan terlepas merebut tawaran semasa acara beli-belah tahunan Amazon Singapore!

Anggaran Waktu Membaca:
Amazon SG anjur acara beli-belah tahunan Prime Day pada 8-14 Julai

Acara 'Prime Day 2025' berlangsung selama seminggu iaitu dari 8 hingga 14 Julai. (Gambar: Amazon)

SINGAPURA: Jangan terlepas merebut tawaran semasa acara beli-belah tahunan Amazon Singapore!

Acara 'Prime Day 2025' kembali diadakan tahun ini pada skala lebih gah dan menarik.

Buat julung-julung kalinya, acara itu berlangsung selama seminggu iaitu daripada 8 hingga 14 Julai, sekaligus menjadikannya acara "Prime Day" paling lama diadakan di Singapura setakat ini.

Khas bagi para anggota Prime, acara tersebut menawarkan potongan harga besar-besaran bagi jenama tempatan, antarabangsa dan perniagaan kecil-kecilan yang terkenal.

Bermula 8 Julai, para anggota Prime di Singapura boleh membeli-belah di platform Amazon Singapore melalui kedai "Everyday Essentials" yang menawarkan lebih 100,000 produk harian termasuk peranti elektronik, barang runcit, perkakas rumah dan produk jagaan peribadi, yang disertakan dengan pilihan penghantaran yang fleksibel.

Berikut antara tawaran eksklusif yang boleh anda dinikmati tahun ini:
 
  • Diskaun sehingga 50 peratus bagi produk terpilih daripada jenama seperti Foreo, Dettol dan Sukin
     
  • Diskaun sehingga 44 peratus bagi produk terpilih dari UGREEN
     
  • Diskaun sehingga 40 peratus dari Smeg, dengan tambahan diskaun 5 peratus jika membeli dua produk
     
  • Promosi “beli empat, diskaun 10 peratus” bagi setiap pembelian minuman Ice Mountain Sparkling dan 100Plus

Tawaran menarik lain termasuk diskaun sehingga S$800 untuk produk vakum Roborock dan diskaun S$60 untuk pembelian konsol Nintendo Switch 2.

Para anggota Prime juga boleh membuat pendaftaran awal untuk mendapat makluman tawaran menerusi aplikasi Amazon.sg.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita