Skip to main content

Gaya Hidup

'Amazon Prime Big Deal Days' kembali 8-13 Okt, dengan tawaran bagi barang dapur, produk kecantikan dan banyak lagi

Anggaran Waktu Membaca:
'Amazon Prime Big Deal Days' kembali 8-13 Okt, dengan tawaran bagi barang dapur, produk kecantikan dan banyak lagi

(Gambar fail: Ross D. Franklin/AP)

SINGAPURA: Tidak terlalu awal untuk mula berbelanja bagi musim cuti - apatah lagi apabila ada diskaun sehingga 50 peratus ditawarkan!

Ini berita baik buat pengguna Amazon Prime... anda boleh menikmati penjimatan sempena 'Amazon Prime Big Deal Days' yang bakal berlangsung pada bulan depan.

Dari 8 hingga 13 Oktober, pengguna Prime boleh menikmati diskaun bagi pelbagai jenama tempatan mahupun antarabangsa, serta perusahaan-perusahaan kecil.

Ini termasuk:

- Potongan harga hingga 50 peratus bagi permainan terpilih daripada Transformers, Play-doh, Nerf, Star Wars, Marvel, Barbie, Paw Patrol, Hotwheels dan Mattel

- Potongan harga hingga 50 peratus bagi produk-produk Sennheiser

- Potongan harga hingga 40 peratus bagi produk Sukin, L'Oreal dan Bioderma

- Potongan harga hingga 30 peratus bagi gendongan bayi Ergobaby, pam susu Spectra dan botol susu Pigeon

Di samping itu, antara 24 Sep dengan 7 Okt, Amazon Fresh akan menawarkan pelbagai tawaran bagi barang dapur, termasuk:

- Potongan harga 30 peratus bagi produk Biore, Laurier dan Liese

- Tawaran 'beli empat, dapat potongan harga 10 peratus' bagi snek Lavazza, Kettle Chips dan Yava

Selain itu, Amazon Fresh menawarkan lebih banyak jenis barang keperluan termasuk salad dari Salad Meal, kapsul kopi dan pilihan minuman siap diminum Starbucks, serta pilihan lampin keluaran Mamypoko.

Jadi, jika anda misalnya sedang mencari hadiah buat orang istimewa, anda mungkin dapat menemui sesuatu yang berpatutan sempena 'Amazon Prime Big Deal Days'.
Bagi mereka yang bukan anggota Prime, anda perlu mendaftarkan diri menerusi laman Amazon.sg.

Dengan hanya membayar S$4.99 sebulan atau S$49.90 setahun, anda boleh mengambil bahagian dalam 'Amazon Prime Big Deal Days' dan menikmati banyak lagi tawaran sebagai pengguna Prime, seperti penghantaran percuma bagi barangan tertentu, akses tidak terbatas kepada Prime Video (di mana anda boleh menonton pelbagai filem dan rancangan TV) serta permainan percuma di Prime Gaming.

Amazon.sg turut memperkenalkan satu insentif baharu buat anggota Prime di mana pengguna boleh mendapatkan potongan harga hingga 10 peratus bagi lebih sejuta produk di platformnya.
Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita