Amalan tradisi wanita Jepun dan China cegah jerawat guna daun pudina
Anda mengalami masalah jerawat? Anda boleh mencuba untuk merawat jerawat bengkak atau kemerahan dengan ramuan daun pudina.

Daun pudina. (Gambar: California Gardening/Facebook)
JAKARTA: Anda mengalami masalah jerawat? Anda boleh mencuba untuk merawat jerawat bengkak atau kemerahan dengan ramuan daun pudina. Daun pudina merupakan rahsia kecantikan kaum wanita di Jepun dan China.
Menurut StyleCraze, daun pudina amat berkesan untuk mengatasi masalah jerawat, menyegarkan kulit berminyak, dan mencerahkan kulit.
Berikut adalah antara cara menggunakan daun pudina untuk penjagaan kulit. Antaranya adalah membuat masker daun pudina dan madu untuk mencegah keradangan. Selain itu, menggunakan 'toner' yang diperbuat dari rebusan daun pudina untuk mendinginkan kulit yang berjerawat dan mengurangkan rasa sakit.
1. Masker daun pudina dan madu
Madu organik asli amat bagus untuk merawat kulit berjerawat kerana ia mengandungi bahan anti keradangan.
Untuk membuat masker itu, campurkan segenggam daun pudina yang sudah ditumbuk dengan madu, kemudian sapukan di wajah yang bersih. Biarkan selama 30 minit, kemudian cuci hingga bersih. Selain menjadikan kulit lebih tegang, masker itu juga membantu melembapkan kulit secara alami, tanpa membuatnya berminyak.
Tetapi hati-hati jika anda memiliki kulit yang sensitif. Daun pudina memiliki permukaan dengan bulu halus yang kadang-kala membuat kulit terasa gatal. Oleh itu sebelum menyapukan di wajah, lebih baik jika dilakukan di kulit tangan terlebih dahulu. Jika anda rasa gatal, ia bermakna anda tidak sesuai menggunakannya.
2. Buat 'toner' daripada daun pudina
Rebus 10 lembar daun pudina dalam satu setengah gelas air sehingga mendidih. Setelah air rebusan tinggal separuh, saring dan dinginkan airnya. Setelah itu gunakannya sebagai toner. Usapkan pada wajah menggunakan kapas.
Demikian cara-cara menggunakan daun pudina untuk mencegah dan mengatasi masalah jerawat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.